TOMAS Soucek and Marek Suchy raikan gol pertama Republik Czech jaringan Jakub Jankto. FOTO Reuters
TOMAS Soucek and Marek Suchy raikan gol pertama Republik Czech jaringan Jakub Jankto. FOTO Reuters
Reuters

REPUBLIK Czech meraih kemenangan 3-0 ke atas Montenegro, dibantu jaringan ke gawang sendiri dan penalti pada separuh masa kedua awal pagi tadi ketika mereka meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam aksi kelayakan Euro 2020.

Kemenangan itu membolehkan Republik Czech terikat enam mata dengan pendahulu Kumpulan A England, yang menewaskan mereka 5-0 di Wembley pada perlawanan pertama mereka dengan kelebihan satu perlawanan kerana hanya bermain dua kali.

Kosovo di tangga ketiga dengan lima mata selepas mencatat kemenangan pertama dalam aksi kelayakan apabila bangkit menewaskan Bulgaria 3-2 menerusi gol masa tambahan oleh pemain gantian Elba Rashani.

Republik Czech membuka jaringan ke atas Montenegro pada minit ke-18 apabila ledakan voli menerusi kaki kiri Jakub Jankto berjaya menerjah gawang hasil hantaran tepat Pavel Kaderabek.

Mereka menggandakan kelebihan pada separuh masa kedua apabila Boris Kopitovic tertolak hantaran Patrik Schick ke gawang sendiri selepas penyerang itu berjaya memperdayakan pertahanan lawan.

Schick menambah jaringan ketiga menerusi penalti pada minit ke-82.

Montenegro yang memecat jurulatih Serbia Ljubisa Tumbakovic Sabtu lalu selepas menarik diri daripada aksi kelayakan menentang Kosovo Jumaat lalu yang menyaksikan mereka seri 1-1, kini mengumpul dua mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2019 @ 10:47 AM