RONALDO (tiga kiri) bersama rakan sepasukan Portugal menjalani latihan di Oeiras, awal pagi tadi. — FOTO EPA
RONALDO (tiga kiri) bersama rakan sepasukan Portugal menjalani latihan di Oeiras, awal pagi tadi. — FOTO EPA
AFP

CRISTIANO Ronaldo kembali bersama skuad Portugal awal pagi tadi ketika juara Eropah itu bersiap sedia bagi pusingan akhir Liga Negara Eropah, minggu depan.

Portugal akan bertemu Switzerland pada separuh akhir di Porto 5 Jun ini dengan pemenang menentang England atau Belanda bagi merebut kejuaraan pada 9 Jun di gelanggang sama.

“Cristiano adalah pemimpin kami dan sering kali bagus untuk mempunyai pemain terbaik di dunia bersama kami,” kata pertahanan Lille, Jose Fonte.

Ronaldo tidak beraksi pada perlawanan terakhir Juventus dalam Serie A hujung minggu lalu apabila mereka kalah 0-2 di Sampdoria.

Dia menamatkan kempen sulung di Itali dengan 21 gol liga dalam 31 penampilan.

Ronaldo dipanggil oleh jurulatih Fernando Santos pada Mac lalu bagi aksi pembukaan Portugal pada kelayakan Euro 2020, sesudah tidak beraksi buat negaranya sejak Piala Dunia 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2019 @ 11:45 AM