AKSI Djokovic ketika menentang  Hurkacz. - FOTO Agensi
AKSI Djokovic ketika menentang Hurkacz. - FOTO Agensi
AFP

PEMAIN nombor satu dunia Novak Djokovic berkata, dia mampu mencipta sejarah sekali lagi dengan menjuarai semua empat Grand Slam berturut-turut buat kali kedua selepas mara ke pusingan keduaTerbuka Perancis semalam.

Djokovic menepati statusnya di Roland Garros dengan menewaskan bintang muda Poland Hubert Hurkacz 6-4, 6-2, 6-2 dalam aksi pembukaan.

Bintang Serbia itu antara tiga pemain selain Don Budge dan Rod Laver yang menjuarai empat kejohanan Slam berturut-turut selepas trofi pertama dan setakat ini iaitu gelaran Terbuka Perancis pada 2016.

Kini dia boleh mengikut jejak legenda Australia, Laver dengan kejayaan pada final di Paris pada 9 Jun.

"Saya meletak diri saya dalam situasi di mana saya boleh mencipta sejarah sekali lagi dan saya bercita-tinggi dalam kejohanan ini,” kata Djokovic.

"Bukan rahsia lagi tetapi pada masa sama ia bukan kali pertama saya berdepan keadaan ini. Ini bukan Grand Slam pertama dalam karier saya. Saya telah beraksi dalam banyak perlawanan.”

Dua belas bulan lalu, Djokovic terkeluar daripada senarai ranking 20 teratas dunia selepas tewas kepada Marco Cecchinato pada suku akhir di Roland Garros malah hampir tidak beraksi di Wimbledon tetapi dia kini kembali di puncak dunia.

Dia menjuarai Wimbledon keduanya pada Julai lalu dan menjuarai Terbuka AS pada 2018 dan Terbuka Australia, awal tahun ini.

Djokovic bakal menentang pemain Switzerland yang menduduki ranking ke-104 dunia, Henri Laaksonen untuk slot 32 terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 10:05 AM