MIKE Ashley.
MIKE Ashley.
Reuters

MIKE Ashley bersetuju menjual Newcastle United kepada bilionair Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Zayed Al Nehayan dengan harga £350 juta (RM1.865 bilion), menurut akhbar The Sun awal pagi tadi.

Kontrak di antara Ashley dan Sheikh Khaled telah pun dimeterai dan dihantar ke Liga Perdana.

Ashley yang membeli saham utama di kelab Liga Perdana itu pada 2007 sebelum ini pernah cuba menjual Newcastle.

Pemilik Sports Direct International Plc itu berkata pada Oktober lalu beliau tidak menerima sebarang tawaran untuk membeli Newcastle setahun selepas secara rasmi mengumumkan tawaran penjualan tetapi pada Disember lalu rundingan mengenainya mencapai kemajuan.

Menurutnya, pembeli berpotensi mesti mampu menyediakan bajet perpindahan pemain ketika.

Sheikh Khaled sepupu pemilik Manchester City dan bilion Arab, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebelum ini gagal membeli Liverpool FC dengan harga £2 bilion tahun lalu.

Sheikh Khaled juga adalah pengasas Bin Zayed Group, sebuah konglomerat yang mempunyai pelbagai kepentingan bisnes sama ada di pasaran tempatan atau antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2019 @ 11:22 AM