City tawar kontrak lanjutan tiga tahun lagi untuk Guardiola. FOTO EPA
City tawar kontrak lanjutan tiga tahun lagi untuk Guardiola. FOTO EPA
Agensi

MANCHESTER City sedia menawarkan Pep Guardiola kontrak baru selama lima tahun yang membolehkan pengurus Sepanyol itu menerima gaji sebanyak £100j (RM532 juta) jika dia menerimanya.

Pengendali berusia 48 tahun itu yang mengesahkan salah seorang daripada jurulatih terbaik di dunia dengan memenangi tiga gelaran domestik semusim dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang begitu mengagumkan.

Kontraknya bersama City masih berbaki dua tahun lagi tetapi City mahu menambah tempoh kontrak yang dipertingkatkan selama tiga tahun lagi.

Minggu lalu, Guardiola yang melihat kontraknya hanya tinggal dua musim tetap komited dengan mengatakan: “Saya akan kekal di sini (City) selama dua musim lagi, itupun jika mereka mahukan saya.

“Saya berpuashati bekerja di Etihad dan tidak akan ke mana-mana”.

Dua tugasannya sebelum ini ketika di Barcelona dan Bayern Munich bertahan selama empat musim dan lima musim.

Bekas pemain tengah itu masih mempunyai satu sasaran lagi iaitu membantu City menjulang Liga Juara-Juara (UCL).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 2:58 PM