Chris Hughton memperkatakan sesuatu kepada pemain ketika perlawanan menentang City semalam. FOTO Reuters.
Chris Hughton memperkatakan sesuatu kepada pemain ketika perlawanan menentang City semalam. FOTO Reuters.
Reuters

CHRIS Hughton dipecat sebagai pengurus kelab Brighton and Hove Albion selepas berkhidmat di helm lebih empat tahun setengah menerusi kenyataan dikeluarkan kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Hughton membimbing skuad Brighton sebagai antara pasukan berada pada kelompok teratas liga 2017, menamatkan 34 tahun tidak menyertai liga utama dan skuad itu hanya mampu bertahan pada musim kedua tatkala gagal mencatat kemenangan dalam sembilan perlawanan terakhir mereka.

“Tidak dinafikan, ini adalah antara keputusan yang sukar untuk saya lakukan sebagai pengerusi Brighton and Hove Albion, namun keputusan ini dipengaruhi prestasi pasukan yang terpaksa bergelut pada separuh masa kedua musim ini,” kata pengerusi Tony Bloom.

"Chris (Hughton) sudah melakukan tugas cemerlang, bermula dengan mengukuhkan skuad, diikuti layak beraksi play-off dalam musim pertamanya, layak bersaing di Liga Perdana Inggeris buat pertama kali dan meletakkan pasukan dalam kelompok pasukan terbaik liga.

Tugas terakhir Hughton adalah pada perlawanan penentuan liga Ahad lalu apabila skuad itu tewas 1-4 kepada juara EPL, Manchester City.

Brighton yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala FA musim ini, menamatkan saingan dua mata mengatasi pasukan di zon penyingkiran dengan 36 mata.

Kelab berkenaan turut mengesahkan pembantu Hughton, Paul Trollope dan seorang lagi jurulatih pasukan utama, Paul Nevin turut meninggalkan kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 6:54 PM