Pemain pertahanan Manchester City Vincent Kompany meraikan kejayaan bersama rakan pasukan. FOTO AFP.
Pemain pertahanan Manchester City Vincent Kompany meraikan kejayaan bersama rakan pasukan. FOTO AFP.
Agensi

WALAUPUN mencatat kemenangan 2-0 ke atas lawannya Wolves di Anfield, skuad bimbingan Juergen Klopp terpaksa akur dengan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) milik Manchester City.

Skuad Pep Guadiola mencipta kemenangan bergaya ke atas Brighton & Hove Albion, 4-1 pada aksi perlawanan terakhir (EPL) malam tadi.

Kedua-dua gergasi Inggeris itu bersaing rapat dengan sering bertukar takhta pendahulu liga hanya memisahkan dengan satu mata sebelum sepak mula.

Mane (tengah) menjaringkan gol kedua Liverpool. FOTO EPA.
Mane (tengah) menjaringkan gol kedua Liverpool. FOTO EPA.

Juara bertahan City terlebih dahului dikejutkan menerusi jaringan awal Brighton menerusi Glenn Murray minit ke-27 sebelum Sergio Aguero merapatkan kedudukan seminit kemudian.

Diikuti jaringan Aymeric Laporte menjadikan kedudukan 2-1 pada separuh masa pertama. Sebelum City menambah dua jaringan menerusi Riyad Mahrez dan Ilkay Gundogan.

Reds yang bergelut mencatat kemenangan di Anfield mendahului menerusi jaringan Sadio Mane minit ke-17 sebelum Mane sekali lagi meledak dengan gol kedua beberapa minit sebelum masa permainan tamat untuk memastikan kemenangan 2-0.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 12:10 AM