PEMAIN tengah AC Milan Lucas Paqueta digantung tiga perlawanan selepas menepuk seorang pengadil ketika perlawanan Serie A, kata jawatankuasa disiplin liga itu hari ini.
Pemain kelahiran Brazil itu melakukan ‘tepukan perlahan’ di lengan pengadil itu untuk menolaknya dan dibuang padang ketika Milan menang ke atas Bologna 2-1 di laman sendiri semalam.
Paqueta, 21, membuat 13 penampilan liga musim ini sejak menyertai AC Milan dari kelab Brazil Flamengo.