PENG Soon-Liu Ying atasi beregu Singapura dalam tiga set. — FOTO Luqman Hakim Zubir
PENG Soon-Liu Ying atasi beregu Singapura dalam tiga set. — FOTO Luqman Hakim Zubir
Ferzalfie Fauzi


BEREGU campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terpaksa meneruskan cabaran bersendirian pada Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China selepas dua lagi pasangan tersingkir pada pusingan pertama hari ini.

Bagaimanapun, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu hampir dikejutkan beregu Singapura, Danny Bawa Chrisnanta-Tan Wei Han selepas tumpas di set pertama sebelum bangkit melakar kemenangan 13-21, 22-20, 21-18 untuk mara ke pusingan kedua.

Mereka yang diletakkan sebagai pilihan kelima akan berdepan He Jiting-Du Yue dari China, Khamis ini.

Sementara itu, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang muncul naib juara Terbuka Singapura baru-baru ini tumpas kepada pilihan utama dari China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong 12-21, 21-14, 15-21.

JUNE Wei layak ke undian utama perseorangan lelaki. — FOTO Abdullah Yusof
JUNE Wei layak ke undian utama perseorangan lelaki. — FOTO Abdullah Yusof

Satu lagi pasangan campuran negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei juga terkandas pada pusingan awal apabila kalah 15-21, 17-21 di tangan Yeung Ming Nok-Ng Tsz Yau dari Hong Kong.

Perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei pula mara ke undian utama selepas melepasi pusingan kelayakan.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu menumpaskan Amir Jabbari dari Iran 21-13, 21-14 dan Niluka Karunaratne dari Sri Lanka 21-11, 19-21, 21-18.

June Wei akan berdepan pemain Thailand, Sitthikom Thammasin pada pusingan pertama esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2019 @ 8:31 PM