Penjaring gol Barcelona Ivan Rakitic (atas) menewaskan penjaga gol Real Madrid Thibaut Courtois (kiri) dan Sergio Ramos (kanan) ketika Barcelona menewaskan Madrid 1-0 dalam saingan La Liga di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, pagi ini. FOTO EPA.
Penjaring gol Barcelona Ivan Rakitic (atas) menewaskan penjaga gol Real Madrid Thibaut Courtois (kiri) dan Sergio Ramos (kanan) ketika Barcelona menewaskan Madrid 1-0 dalam saingan La Liga di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, pagi ini. FOTO EPA.
AFP

BARCELONA menang Clasico kedua mereka dalam masa empat hari, awal pagi ini dan Real Madrid mungkin perlu menang Liga Juara-Juara jika Santiago Solari mahu terus memegang jawatan bagi perlawanan seterusnya.

Selepas menyingkirkan Madrid dalam saingan Piala Raja Sepanyol Rabu lalu, Barca kembali ke Santiago Bernabeu dengan mencatat kemenangan 1-0 yang pasti menyingkirkan pencabar mereka daripada pemburuan gelaran liga.

Lionel Messi dan Sergio Ramos bertelagah selepas Ramos melibas tangan ke muka Messi, walaupun jumlah jaringan kekal dan hanya sedikit peluang, hanya itu berjaya dihasilkan Madrid.

Messi pastinya gembira dengan hantaran lambung Ivan Rakitic, cubaan jarang dilakukan tetapi akhirnya menyelesaikan satu lagi Clasico yang kekurangan kualiti sebenar atau rentak.

“Apa yang kami mahukan adalah mempamerkan aksi terbaik dan menewaskan lawan kami,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde. "Kami sudah melakukannya."

 Aksi tegang antara pemain Barcelona dan Real Madrid. FOTO AFP.
Aksi tegang antara pemain Barcelona dan Real Madrid. FOTO AFP.

Tekanan berada pada Madrid, bukan hanya untuk membalas kekalahan pada pertengahan minggu tetapi gagal mengurangkan jurang sembilan mata antara mereka dan pendahulu La Liga itu.

Sebaliknya Barca meneruskannya dengan kelebihan 12 mata dan dengan gaya pemain mereka meraikannya selepas wisel penamat menggambarkan mereka sudah merasakan halangan terbesar sudah diatasi.

Barcelona kini memiliki 96 kemenangan dalam perlawanan bertemu Real Madrid yang mencatat 95 dan pertama kali Barca di depan sejak 87 tahun.

Ketika Solari mengambil alih pada November, pasukannya ketinggalan tujuh mata di belakang Barca. Begitupun jumlah mata berkenaan hampir berganda namun tidak menggambarkan peningkatan dalam prestasi pasukan.

Namun ini adalah pertama kali Madrid tewas tiga perlawanan berturut-turut di gelanggang sendiri dalam tempoh 15 tahun dan ia pastinya diingati Presiden, Florentino Perez apabila kemungkinan memikirkan nasib jurulatih itu pada musim panas ini.

“Saya akan terus mengatasinya, kadangkala semuanya baik untuk anda dan kadangkala sebaliknya,” kata Solari. "Dalam dua perlawanan ini memang keputusan tidak memihak kami.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2019 @ 8:58 AM