Pemain Liverpool Sadio Mane (dua dari kanan) menjaringkan dua gol untuk pasukan itu menewaskan Watford, di Stadium Anfield. FOTO EPA.
Pemain Liverpool Sadio Mane (dua dari kanan) menjaringkan dua gol untuk pasukan itu menewaskan Watford, di Stadium Anfield. FOTO EPA.
AFP

SADIO Mane dan Virgil van Dijk kedua-duanya menjaringkan dua gol buat Liverpool menewaskan Watford, 5-0 untuk kekal mendahului Manchester City di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Barisan pemain kendalian Jurgen Klopp bergelut aksi sebenar berikutan keputusan yang kurang memuaskan dalam usaha pasukan itu mengejar impian untuk memburu kejuaraan liga sejak 1990.

Penyandang juara, City menafikan cabaran West Ham di Stadium Etihad menerusi gol penalti pada separuh masa kedua permainan yang menyaksikan City hanya satu mata di belakang Liverpool manakala di tempat ketiga Tottenham gagal memungut mata selepas tewas 2-0 kepada Chelsea.

Arsenal menewaskan pelawat Bournemouth 5-1 untuk kekal dikedudukan keempat liga, satu mata di depan Manchester United, selepas Romelu Lukaku memanfaatkan peluang ketiadaan Marcus Rashford untuk menjaringkan dua gol ketika pasukan itu menang 3-1 ke atas Crystal Palace.

Liverpool turun beraksi selepas tiga keputusan seri dalam empat perlawanan liga namun Mane terlebih dahulu menghilangkan resah pasukan itu apabila mendahului menerusi tandukan susulan hantaran Trent Alexander-Arnold.

Sebelum kedua-duanya berganding sekali lagi untuk penyerang Senegal menjaringkan gol menarik.

Divock Origi melebarkan penguasaan Liverpool menerusi jaringan pada separuh masa kedua diikuti dua jaringan lewat permainan oleh pemain pertahanan Virgil van Dijk untuk memastikan kemenangan selesa tuan rumah.

Reaksi gembira pengurus Liverpool Jurgen Klopp. FOTO AFP.
Reaksi gembira pengurus Liverpool Jurgen Klopp. FOTO AFP.

“Pemain menunjukkan bagaimana mereka gembira bermain dalam situasi seperti ini,” kata Klopp.

“Ini adalah petanda yang penting. Kamu tahu apa yang ditulis dan diperkatakan tentang kami. Ia sama sekali tidak benar. Pemain menyerlah dan hari ini mereka tunjukkan kesungguhan mereka.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 9:48 AM