NISHIKORI membalas pukulan Hurkacz pada pusingan kedua Kejuaraan Dubai, hari ini. — FOTO AFP
NISHIKORI membalas pukulan Hurkacz pada pusingan kedua Kejuaraan Dubai, hari ini. — FOTO AFP
AFP

PILIHAN utama dari Jepun, Kei Nishikori terkandas pada pusingan kedua Kejuaraan Dubai hari ini, tewas 5-7, 7-5, 2-6 di tangan pemain tidak ternama Hubert Hurkacz.

Pemain nombor satu Poland yang menghuni ranking ke-77 dunia itu mencetus kekalahan buat Nishikori yang beraksi di negara Teluk itu kali pertama.

Dia hadir di negara beraja itu dengan kejuaraan awal musim di Brisbane, yang mana dia menang trofi pertamanya sejak 2016.

Hurkacz layak ke suku akhir Jelajah ATP buat kali pertama selepas merakam kemenangan pertama karier ke atas pemain 10 terbaik dunia, memerlukan hanya dua jam bagi melengkapkan kemenangan mengejut itu.

“Ia kemenangan besar buat saya kerana kali pertama saya melakukannya ke atas pemain 10 terbaik dunia,” kata Hurkacz. “Ia menguatkan kayakinan saya. Saya akan cuba melangkah sejauh mungkin.”

Pilihan utama dari Jepun itu terkedu untuk menjelaskan apa kesilapannya pada pertembungan pertama dengan pemain Poland itu.

“Saya tidak beraksi sempurna hari ini, tapi saya fikir dia bermain dengan servis yang bagus, lebih baik daripada apa yang saya fikirkan,” tegas Nishikori.

“Dengan angin dan permukaan gelanggang ini, ia tidak mudah. Servis saya tidak bagus ketika saya amat memerlukannya.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 12:03 AM