Jurugambar Sky membantu staf pasukan Formula Satu (F1) McLaren selepas kebakaran kecil tercetus di garaj pasukan itu ketika mereka sedang melakukan rakaman di Litar Catalunya, semalam. FOTO Daily Mail
Jurugambar Sky membantu staf pasukan Formula Satu (F1) McLaren selepas kebakaran kecil tercetus di garaj pasukan itu ketika mereka sedang melakukan rakaman di Litar Catalunya, semalam. FOTO Daily Mail
Reuters

Tiga staf pasukan Formula Satu (F1) McLaren diberikan rawatan perubatan selepas berlaku kebakaran kecil di garaj pasukan itu ketika mereka sedang melakukan rakaman di Litar Catalunya, semalam, kata jurucakap pasukan F1 itu.

“Kebakaran itu dengan pantas dipadamkan oleh pasukan dan servis kecemasan litar yang pantas bertindak,” kata pasukan itu dalam laman Twitter.

Tiga pekerja pasukan berkenaan begitupun perlu menerima rawatan di pusat perubatan litar sebelum dibenarkan keluar selepas itu.

Ujian pertama pra-musim F1 berakhir di Litar Catalunya, yang terletak berdekatan Barcelona, Sepanyol pada Khamis lalu.

Ujian kedua selama empat hari akan bermula pada Selasa sebelum perlawanan pembuka tirai musim ini berlangsung di Grand Prix Australia pada 17 Mac.

Kebakaran pada 2012 di Grand Prix Sepanyol merosakkan garaj pasukan Williams selepas pasukan itu memenangi perlumbaan dan ia masih menjadi kemenangan terakhir mereka dalam F1.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Februari 2019 @ 2:39 PM