Jaringan kontroversi pemain West Ham, Javier Hernandez (kanan) dalam perlawanan menentang Fulham. FOTO Reuters
Jaringan kontroversi pemain West Ham, Javier Hernandez (kanan) dalam perlawanan menentang Fulham. FOTO Reuters

AFP

WEST Ham bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Fulham 3-1 bermula dengan gol kontroversi Javier Hernandez dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pagi ini.

Hernandez menjaringkan gol dengan menumbuk bola masuk ke gawang pelawat menggunakan tangannya sekali gus menafikan gol awal Fulham menerusi jaringan Ryan Babel.

Jaringan dengan tangan itu diulang tayang di skrin gergasi dan mencetus rasa tidak puas hati Fulham serta penyokongnya.

Pengadil Lee Mason dan pembantunya tidak dapat melihat kesalahan itu, tetapi jika teknologi video digunakan pasti gol berkenaan dibatalkan.

Bagaimanapun, ia tidak banyak membantu pasukan Fulham yang dibimbing Claudio Ranieri apabila terus dibolosi menerusi jaringan Issa Diop dan Michail Antonio.

Aksi pemain West Ham Marko Arnautovic (kiri) ketika diasak pertahanan Fulham Tim Ream dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium London, pagi ini. FOTO AFP.
Aksi pemain West Ham Marko Arnautovic (kiri) ketika diasak pertahanan Fulham Tim Ream dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium London, pagi ini. FOTO AFP.

Kekalahan di Stadium London meletakkan Fulham lapan mata di atas garis selamat dengan hanya 11 perlawanan berbaki dan kedudukan itu mungkin lebih teruk selepas saingan hujung minggu ini berakhir.

“Ia amat sukar dipercayai. Kami bermula baik,” kata Ranieri. “Mereka cukup berbahaya ketika sepakan sudut dan malang sekali pengadil terhalang oleh pemain dan tidak dapat melihat gol pertama mereka menggunakan tangan.

“Saya beritahu pemain-pemain saya jika kita berjuang, kita mungkin boleh menang. Jika kita tidak berjuang, kita kalah sebelum bermain lagi. Ia amat penting untuk bersatu dan terus berusaha.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Februari 2019 @ 11:00 AM