KUMPULAN pelaburan Kosmos, diketuai Gerard Pique. FOTO Reuters
KUMPULAN pelaburan Kosmos, diketuai Gerard Pique. FOTO Reuters
AFP

MADRID: Syarikat pengendali bola sepak yang kaya, La Liga akan menjadi penaja kejohanan tenis Piala Davis untuk empat tahun akan datang, kata badan induk sukan itu semalam.

Ditubuhkan pada 1900, Piala Davis ialah kejohanan berpasukan antarabangsa terbesar dalam sukan itu tetapi mengalami penurunan kerana ramai pemain ternama tidak menyertainya.

Bagi menghangatkan kembali saingan, Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) menandatangani perjanjian selama 25 tahun dengan nilai $3 bilion (RM12 bilion) tahun lalu dengan kumpulan pelaburan Kosmos, diketuai pemain Barcelona, Gerard Pique.

Ia akan membabitkan saingan sepanjang seminggu, acara kalah mati seperti Piala Dunia antara 18 negara pada penamat musim biasa. 

Final musim ini akan berlangsung di Madrid pada November.

“Kerjasama antara sukan berbeza bersama La Liga ialah inovasi buat Piala Davis,” kata Presiden ITF, David Haggarty mengenai penajaan itu. “Ia akan memperluaskan pembabitan kami bukan setakat tenis tetapi peminat sukan lain.”

Bagaimanapun tiada jumlah kewangan didedahkan.

La Liga akan mempromosikan Piala Davis menerusi penyiaran antarabangsa di 200 negara ketika perlawanan mereka sepanjang Oktober.

Mereka juga bekerjasama ketika kelayakan Piala Davis bermula minggu ini dengan 12 pemenang akan mengesahkan tempat di pusingan akhir dekat Madrid bersama pasukan yang sudah layak seperti Croatia, Perancis, Amerika Syarikat, Sepanyol, Argentina dan Great Britain.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Februari 2019 @ 4:58 PM