NAOMI menewaskan Hsieh Su   7-5, 4-6, 6-1. FOTO/AFP
NAOMI menewaskan Hsieh Su 7-5, 4-6, 6-1. FOTO/AFP
AFP

MELBOURNE: Bintang Jepun, Naomi Osaka menerima tentangan hebat daripada pemain veteran Taiwan, Hsieh Su-wei sebelum mara ke pusingan keempat Terbuka Australia, hari ini.

Juara Terbuka Amerika Syarikat berusia 21 tahun itu yang juga pilihan keempat kejohanan di Melbourne Park menang 7-5, 4-6, 6-1 untuk mara ke peringkat 16 terakhir menentang Wang Qiang dari China atau pemain Latvia, Anastasija Sevastova.

Kemenangan Naomi itu menyamai pencapaian terbaiknya pada 2018 apabila mara ke peringkat 16 terakhir tetapi tewas kepada pemain nombor satu dunia, Simona Halep.

Bagaimanapun, dia hampir tersingkir daripada kejohanan selepas tewas set pertama dan ketinggalan 4-1 di set kedua sebelum bangkit menang baki lima set berikutnya.

"Saya cuma tak boleh berputus asa,” kata Naomi yang melakukan 42 ‘unforced errors’ dan menerima amaran pengadil selepas menghempaskan raketnya ketika perlawanan.

"Saya sukakan Grand Slam jadi saya akan lakukan apa sahaja untuk kekal lebih lama di sini.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 January 2019 @ 11:39 AM