HAZARD berebut dengan  pemain Brighton, Dale Stephens. FOTO Reuters
HAZARD berebut dengan pemain Brighton, Dale Stephens. FOTO Reuters
Reuters

LONDON: Chelsea terus kekal di tangga keempat Liga Perdana dengan kemenangan 2-1 mengatasi Brighton & Hove Albion, malam tadi.

Selepas menang besar 4-0 di Stadium Amex musim lalu, mereka di landasan tepat untuk mengulanginya selepas mendahului 2-0 sebelum rehat babak pertama.

Eden Hazard membantu untuk jaringan pertama Pedro selepas 17 minit dan menjaringkan gol kedua sebelum tamat babak pertama berikutan kesilapan pertahanan.

Brighton kembali merapatkan kedudukan menerusi jaringan Solly March pada pertengahan babak kedua dan Lewis Dunk hampir menyamakan kedudukan selepas itu.

Skuad tuan rumah tidak pernah menewaskan Chelsea dalam sebarang kejohanan sejak 1933 tetapi mereka kekal di tangga ke-13 liga, sembilan mata di atas tiga pasukan terbawah liga.

Chelsea melebarkan jurang kepada tiga mata berbanding pencabar utama London, Arsenal, yang tewas di tangan Southampton.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Disember 2018 @ 12:15 AM