AKSI tegang diantara Burnley (hitam) dan Olympiakos. FOTO/AGENSI
AKSI tegang diantara Burnley (hitam) dan Olympiakos. FOTO/AGENSI
Agensi

NYON, Switzerland: Burnley dan Olympiakos didenda oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) berikutan insiden dua aksi play-off Liga Europa, bulan lalu.

Kelab Greece itu didenda 41,000 euro (RM197,000) kerana penyokong “membaling objek, menyalakan suar dan menghalang laluan” pada aksi pertama di Athens.

Seorang penyokong Burnley ditikam dan empat lagi cedera sebelum perlawanan.

Burnley pula didenda 5,000 euro (RM24,000) selepas objek dibaling pada aksi kedua di Turf Moor.

Pasukan kendalian Sean Dyche, yang beraksi di Eropah buat kali pertama dalam tempoh 51 tahun, tersingkir 2-4 secara agregat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 September 2018 @ 1:26 PM