PEMANDU Ferrari, Sebastian Vettel (kiri) menjulang trofi kejuaraan GP Belgium. FOTO AFP
PEMANDU Ferrari, Sebastian Vettel (kiri) menjulang trofi kejuaraan GP Belgium. FOTO AFP
AFP

SPA-FRANCORCHAMPS: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel mengurangkan jurang dengan pendahulu kejuaraan pemandu, Lewis Hamilton sebanyak tujuh mata selepas muncul juara di Grand Prix Belgium hari ini.

Hamilton yang bermula dari petak kelima menamatkan saingan di kedudukan kedua bersama jentera Mercedes tanpa dapat memberi saingan kepada Vettel yang melakar kemenangan ketiga di Litar Ardennes serta yang pertama untuk Ferrari sejak 2009.

Ia adalah kemenangan kelima untuk Vettel sekali gus yang ke-52 sepanjang kariernya dan mengatasi rekod 51 kemenangan dicatatkan oleh juara dunia empat kali, Alain Prost.

Hamilton kekal mendahului kedudukan pelumba selepas mengumpul 231 mata berbandingĀ Vettel yang mengumpul 214 mata di tempat kedua.

"Saya bernasib baik kerana tidak terperangkap dengan trafik dan yakin dapat mengatasi Hamilton ketika saingan berbaki 15 pusingan lagi," kata Vettel.

"Dia memotong saya di laluan lurus seolah-olah saya tidak wujud. Jentera Ferrari nyata lebih pantas dan kami perlu kembali bekerja keras," kata Hamilton.

Max Verstappen yang beraksi di halaman sendiri menamatkan saingan di kedudukan ketiga untuk Red Bull mengatasi Valtteri Bottas yang bermula di barisan kesembilan bersama Mercedes.

Pemandu Force India, Sergio Perez pula mendudukiĀ tempat kelima.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Ogos 2018 @ 11:42 PM