MEHMET DURAKOVIC
MEHMET DURAKOVIC
Azizan Hashim

IPOH : Aksi bertenaga ketika menang 2-0 ke atas Kuala Lumpur dalam pertembungan pertama di Stadium Cheras, Ahad lalu dituntut jurulatih Perak, Mehmet Durakovic terhadap anak buahnya apabila kedua-dua pasukan bertemu kali kedua di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang esok.

Kemenangan pertama itu sekaligus meletakkan kembali pasukan The Bos Gaurus di atas landasan betul selepas sekadar mengutip satu mata hasil dua perlawanan terdahulu.

Perak membuka kempen kumpulan A itu dengan seri 0-0 dengan FELCRA FC dan tumpas 3-4 kepada Terengganu di gelanggang sendiri.

Berikutan itu timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan segelintir penyokong Perak.

Bagaimanapun keresahan itu sedikit reda berikutan kejayaan ke atas Kuala Lumpur membolehkan Perak kini mengumpul empat mata

“Saya berharap pemain akan mengulangi aksi bertenaga yang sama agar kami dapat meraih mata penuh bagi mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan,” kata Durakovic.

Jurulatih itu berkata, beliau akan menurunkan kesebelasan terbaik bagi memastikan kemampuan pasukan kerana Kuala Lumpur juga bukan calang-calang pasukan dan tidak boleh dipandang mudah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Ogos 2018 @ 9:29 PM