zaha lanjut kontrak baru bersama Palace hingga 2023. FOTO/AGENSI
zaha lanjut kontrak baru bersama Palace hingga 2023. FOTO/AGENSI
Agensi

LONDON: Wilfried Zaha menamatkan spekulasi masa depannya dengan menandatangani kontrak lanjutan dengan Crystal Palace.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu menyatakan komitmennya untuk terus berada di Selhurst Park lima musim lagi dengan kontrak baru berakhir pada penghujung musim 202-2023.

Dia sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Tottenham atau Chelsea tetapi kini sudah pasti mencurah bakti bersama kelab diwakilinya ketika zaman kanak-kanak.

"Saya sangat berbesar hati. Saya mahu menamatkan ketidaktentuan dan membolehkan saya fokus cabaran liga musim ini,” kata pemain berusia 25 tahun itu dalam satu kenyataan kelab.

Pengerusi kelab, Steve Parrish berkata: “Wilf membesar bersama kelab ini ketika berusia empat tahun dan mula mewakili kelab ketika berusia 12 tahun. Kontrak ini adalah salah satu conton komitmen jangka panjang dia bersama kami dan juga komitmen kami terhadapnya.”

Zaha yang beraksi bersama Manchester United pada 2013-14 sebelum kembali ke Palace mempamerkan prestasi cemerlang sejak 12 bulan lalu sehingga menarik beberapa kelab besar. Dia menjaringkan sembilan gol pada musim 2017-2018 dan sekali lagi bergandingan dengan Christian Benteke di bahagian serangan tengah musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Ogos 2018 @ 10:43 AM