PELUANG Daniel Sturridge di Liverpool masih terbuka. Foto/REUTERS
PELUANG Daniel Sturridge di Liverpool masih terbuka. Foto/REUTERS
Agensi

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan pintu kekal terbuka buat penyerang Daniel Sturridge walaupun masa depannya di Anfield kelihatan 'goyah'.

Penyerang antarabangsa England itu seringkali tersisih pada musim lalu angkara masalah kecederaan dan kini dikaitkan untuk berhijrah ke Sevilla dan Besiktas.

Bagaimanapun, penyerang berusia 28 tahun itu berhak diberi peluang memandangkan masih kelihatan tajam pada aksi pra-musim biarpun gagal memecah kebuntuan ketika The Reds terikat tanpa jaringan di Bury dalam aksi persahabatan semalam.

"Ia amat kelakar, ini adalah aksi pra-musim ketiga saya dan setiap tahun kita bercakap mengenai benda yang sama," kata Klopp.

"Tidak mengapa ia bukannya masalah besar. Saya sentiasa percaya setiap pemain mempunyai masa depan, apa yang penting mereka perlu memanfaatkan setiap peluang.

"SetakatĀ ini saya tidak perlu membuat apa-apa keputusan. Saya tidak pernah berfikir seperti pemain ini perlu keluar atau masuk ke dalam pasukan.

"Selalunya, keputusan ini hanya perlu dibuat membabitkan pemain muda dan bukannya pemain senior.

"Jendela perpindahan masih dibuka, betul? Adakah ia sudah ditutup esok? Sekarang anda sudah fahamkan... bagus."

Pada aksi berkenaan, Loris Karius melakukan satu lagi kesilapan buruk ketika mencatat kemenangan ke atas Tranmere, diturunkan selama sejam dan selepas ini, giliran Danny Ward pula diberi peluang mengawal gawang bagi aksi berdepan Blackburn, Selasa ini.

Xherdan Shaqiri yang baru menyertai daripada Stoke, Jumaat lalu, akan menjadi sebahagian daripada skuad yang akan beraksi dalam kempen Piala Juara-Juara Antarabangsa di Amerika Syarikat minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Julai 2018 @ 8:50 AM