Pengurus England, Gareth Southgate. FOTO Reuters
Pengurus England, Gareth Southgate. FOTO Reuters
Reuters

REPINO, Russia: Pengurus England, Gareth Southgate berada dalam dilema bagi mencari pendekatan taktikal terbaik England untuk menjinakkan Croatia pada separuh akhir Piala Dunia di Moscow, Rabu ini.

Kehebatan Croatia menerusi pemain tengahnya tidak boleh disangkal lagi dengan gandingan pemain Barcelona, Ivan Rakitic dan juga pemain Real Madrid, Luka Modric sementara England cuma mengharapkan satu pemain tengah, Jordan Henderson.

Sistem Southgate menggunakan tiga pemain melakukan serangan di bahagian belakang dan sekitar penyerang, Harry Kane dengan kesemuanya akan membantu bahagian pertahanan apabila pasukan tidak memiliki bola.

Ini bermakna Jesse Lingard, Dele Alli dan Raheem Sterling – tidak ada seorang pun yang dikenali dengan memiliki pertahanan yang kuat, perlulah melakukan sesuatu untuk menyekat lawan.

Setakat ini, kesemua percaturan mereka berjalan lancar dengan mengambil tanggungjawab dan beban yang besar, Henderson beraksi dengan cemerlang dan trio serangan itu sudah cukup memastikan pasukan tidak tewas.

Tetapi dengan Rakitic dan juga Modric bermain di tengah dan Andrej Kramaric membantu penyerang, Mario Mandzukic, ancaman barisan pemain tengah Croatia adalah sesuatu yang perlu dikhuatiri England.

Pilihan yang jelas buat Southgate adalah memperkuatkan kawasan pemain tengah dengan membawa masuk Eric Dier bagi membantu Henderson.

Ini bermakna dia perlu mengorbankan salah seorang daripada trio pemain tengah serangan. Bagaimanapun ia akan menyebabkan risiko dalam keseimbangan formasi pasukan sekali gus mengurangkan sentuhan mereka terhadap bola.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Julai 2018 @ 1:49 AM