CHIN Chai ketika  merumuskan Malaysia ketika tewas kepada Indonesia. FOTO/FAIL
CHIN Chai ketika merumuskan Malaysia ketika tewas kepada Indonesia. FOTO/FAIL
Daripada Fabian Peter di Bangkok

KEBERGANTUNGAN kepada pemain senior memberi kesan kepada Malaysia yang gagal mara ke separuh akhir Piala Thomas tahun ini.

Pengurus pasukan, Datuk Ng Chin Chai, merumuskan Malaysia tewas kepada pasukan lebih baik dengan pemain kurang berpengalaman menjadi faktor utama.

Berikutan itu, Malaysia tersingkir pada suku akhir selepas tewas 3-1 kepada Indonesia semalam.

Sehari sebelum itu, Malaysia tewas 3-2 kepada Denmark, menamatkan saingan di kedudukan kedua Kumpulan D.

“Kami menerima kekalahan itu, kami mesti mengakui kami tewas kepada pasukan lebih bagus,” kata Chin Chai hari ini.

“Detik penentu ialah kita tewas kepada Denmark pada peringkat kumpulan. Jika kita menang, kita ada peluang lebih baik, kita ada peluang baik ke suku akhir.

“Bagaimanapun kita tewas, dan kita berdepan Indonesia, dan kita tewas kepada pasukan lebih baik.

“Kami perlu belajar daripada kesilapan ini, tetapi ia juga membuatkan kami sedar yang kini kami perlu fokus kepada pemain muda.

“Secara realistik kami akan fokus untuk tempoh empat tahun yang bagus bermula sekarang.”

Chin Chai menegaskan, pemain muda seperti Lee Zii Jia, Aaron Chia dan beregu lelaki Aaron Chia menampilkan prestasi baik dan mesti digilap untuk masa depan.

Mengenai kombinasi pemain senior seperti Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang tidak menampilkan aksi terbaik, Chin Chai berkata: “Saya rasa mereka masih bertarung dengan bagus.

“Perancangan kami sudah dilakukan dengan baik, dan kami tidak boleh pisahkan pasangan kami, boleh anda bayangkan meletakkan pasangan kedua bermain untuk pertama? Keputusannya akan menjadi lebih teruk.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mei 2018 @ 10:15 PM