PENINJU Filipina, Manny Pacquiao menjalani latihan menjelang pertarungan dengan peninju Argentina, Lucas Matthysse. FOTO  AFP
PENINJU Filipina, Manny Pacquiao menjalani latihan menjelang pertarungan dengan peninju Argentina, Lucas Matthysse. FOTO AFP
AFP

LEGENDA tinju Filipina Manny Pacquiao berkata keputusan pertarungannya dengan petinju Argentina Lucas Matthysse Julai ini akan menentukan sama ada dia akan bersara selepas melalui karier gemilang,

Selepas berehat selama setahun dari gelanggang, petinju berusia 39 tahun itu memulakan latihan dua minggu lebih awal daripada sebelumnya untuk kembali ke tahap kemuncak.

“Saya tidak katakan ini akan jadi yang terakhir tetapi akan menjadi asas kepada saya sama ada mahu teruskan atau tidak,” kata Pacquiao selepas berlatih di Manila semalam.

“Jadi saya mencuba yang terbaik dan lakukan yang terbaik ketika latihan dan pertarungan sebenar untuk membuktikan sama ada saya boleh lakukan atau tidak,” katanya.

Pacquiao menjuarai gelaran dunia dalam lapan kelas berat berbeza, namun pengkritik termasuk Matthysse, yang muda empat tahun daripadanya mempersoalkan kemampuan untuk bangkit pada usia sepertinya.

Petinju berkenaan yang menang 38 daripada 47 pertarungan profesional secara knockout, tidak pernah menewaskan mana-mana lawan dalam tempoh sembilan ltahun.

Kedua-duanya akan bertemu dalam kejohanan merebut tali pinggang welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) pada 15 Julai di Malaysia.

Pertarungan itu hadir setahun selepas petinju kidal itu kehilangan gelaran welterweight Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) apabila tewas kepada lawan dari Australia Jeff Horn.

Sebaliknya, Matthysse menang gelaran WBA selepas menewaskan petinju Thailand Teerachai Sithmorseng pada Januari. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mei 2018 @ 4:22 PM