PENEMBAK negara, Johnathan Wong Guanjie melangkah ke pentas akhir acara 10m air pistol pada Sukan Komanwel Gold Coast. - Foto SHIRAZ ALI
PENEMBAK negara, Johnathan Wong Guanjie melangkah ke pentas akhir acara 10m air pistol pada Sukan Komanwel Gold Coast. - Foto SHIRAZ ALI
Oleh Ajitpal Singh dan Nor Hairulnizam Wahid


GOLD COAST: Penembak negara, Johnathan Wong Guanjie melangkah ke pentas akhir acara 10m air pistol temasya Sukan Komanwel di Belmont Shooting Centre, sebentar tadi.

Atlet kelahiran Melaka itu, yang memenangi pingat emas dalam acara sama di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), meraih 570 mata untuk menamatkan saingan di tangga ketiga, sesi kelayakan.

Penembak India, Om Mitharval melakarkan rekod baharu temasya (kelayakan) apabila mengumpul 584 mata untuk berada di tangga teratas, diikuti wakil Trinidad & Tobago's Roger Daniel (572 mata).

Perlawanan akhir acara ini dijadualkan pada jam 12.00 tengahari ini (waktu Malaysia).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 10:57 AM