ABDULLAH Harun (kanan) tidak letak sasaran tinggi harap Hafizh lakukan yang terbaik.
ABDULLAH Harun (kanan) tidak letak sasaran tinggi harap Hafizh lakukan yang terbaik.
Sukhairi Thani dan Fadhli Ishak

 

AYAH Hafizh Syahrin, Abdullah Harun tidak meletakkan sebarang sasaran tinggi kepada anaknya itu untuk perlumbaan pertama dalam kelas perdana, MotoGP di Grand Prix (GP) Qatar, tengah malam ini.

Abdullah yang menjadi tunjang kepada karier Hafizh dalam sukan permotoran dua roda berkata, dia akan bertambah gembira sekiranya dapat melihat anaknya itu meraih mata di Litar Losail nanti.

“Perasaan ketika ini amat gembira,” kata Abdullah. “Apa yang diimpikan selama ini sudah pun tercapai dan buatlah yang terbaik.

“Sasaran saya tak begitu tinggi, insya-Allah mata pertama (penamat ke-15).”

Hafizh, 23, dijadual memulakan perlumbaan dari petak ke-15 sebaris dengan dua lagi pelumba, Aleix Espargaro (ke-13) dan seorang lagi muka baharu dalam kelas MotoGP, Franco Morbidelli (ke-14).

Dalam sesi kelayakan malam tadi, Hafizh mencatat 1 minit 55.258 saat untuk berada di petak berkenaan tatkala rakan sepasukannya, Johann Zarco menyambar petak pertama dengan catatan terpantas, 1'53.680s.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Mac 2018 @ 6:12 PM