SKUAD SSTMI percaya tiada pasukan pilihan dalam MJHL 2018. - FOTO SADDAM YUSOFF
SKUAD SSTMI percaya tiada pasukan pilihan dalam MJHL 2018. - FOTO SADDAM YUSOFF
Jugjet Singh


SEKOLAH Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Thunderbolts percaya tiada pasukan pilihan dalam saingan Divisyen 1, Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2018 yang bermula esok.

Musim lalu, SSTMI Thunderbolts muncul pemenang keseluruhan apabila merangkul Piala TNB dengan menewaskan AHP-SSP-Thunderbolts 4-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 2-2 dalam aksi sebenar.

Kejuaraan liga pula dimenangi oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan 23 mata, manakala SSTMI Thunderbolts dikedudukan kedua ( 21 mata).

Jurulatih SSTMI Thunderbolts, Wan Roslan Wan Rahman, berkata: "Berdasarkan pemerhatian awal, satu daripada empat pasukan Thunderbolts berpeluang untuk memenangi kejuaraan liga. Maka peluang adalah sama rata."

“Dua lagi pasukan yang berada di bawah naungan Thunderbolts adalah Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan SMK Anderson, Ipoh.

"Ramai berpendapat dengan ketiadaan UniKL dalam saingan MJHL musim ini, SSTMI akan menempuh laluan lebih mudah. Tetapi saya percaya tiga lagi pasukan Thunderbolts dan lawan pertama kami (SMK Datuk Bentara Luar) mempunyai pasukan yang baik.

"Bentara Luar berjaya mengikat kami 1-1 pada musim lalu, dan kami hanya menumpaskan mereka 4-2 dalam penentuan penalti," kata Wan Roslan.

 

JADUAL

 

Esok:

MBPJ Tigers mln SSTMI,

Std Hoki MBPJ, 5ptg

SMKDBL-UniKL mln SSTMI Thunderbolts

Std Hoki Batu Pahat, 5ptg

SSBJ Thunderbolts mln Olak

Std Hoki KLHA, 5ptg

 

Jumaat:

AHP-SSP Thunderbolts mln MBPJ Tigers

Std Hoki Kuantan, 5ptg

SSTMI mln SSTMI Thunderbolts

Std Hoki SSTMI, 5ptg

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Mac 2018 @ 6:58 PM