Ashley tidak berpuashati terhadap bidaan Amanda (atas, kanan) yang berminat mendapatkan Newcastle. Gambar bawah pengurus Magpies, Rafa Benitez. FOTO Sun/BBC
Ashley tidak berpuashati terhadap bidaan Amanda (atas, kanan) yang berminat mendapatkan Newcastle. Gambar bawah pengurus Magpies, Rafa Benitez. FOTO Sun/BBC
BBC

USAHAWAN wanita, Amanda Staveley mengakui masih berminat membeli skuad Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United biarpun pemiliknya Mike Ashley menamatkan rundingan bernilai £250 juta pound (RM1.4 bilion) minggu ini.

Ashley, pada Oktober lalu berkata dia mahu menjual kelab itu selepas 10 tahun mengendalikannya.

Dia dipercayai begitu hampir menjual kelab itu kepada rakan perniagaan Staveley iaitu Kumpulan Capital Partners PCP tetapi perbincangan berakhir kerana mereka gagal memenuhi syarat penilaian kelab itu.

"Minat saya masih tinggi," kata Amanda kepada The Times.

Difahamkan pasukan Ashley dan Amanda tidak ada menghubungi satu sama lain sebelum Krismas lalu.

Staveley memberitahu media: "Tawaran kami masih terbuka di meja rundingan”.

“Pembelian ini adalah pelaburan tetapi ia perlu menjadi pelaburan jangka panjang. Newcastle akan bergerak sebagai perniagaan tetapi kami mahu ia berjaya dengan perkembangan perniagaan menjadi bahagian utama terhadap bandar itu."

Amanda berkata faktor pengurus pasukan Rafael Benitez juga menjadi asas terhadap bidaan dilakukannya: "Rafa melakukan kerja hebat. Kami mahu Rafa menjadi sebahagian projek ini."

Sumber Newcastle memberitahu: "Ashley tidak gembira dengan pendekatan mereka dan merasakan perbincangan itu sia sia tetapi kelab Newcastle kekal untuk dijual."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2018 @ 12:35 PM