PACQUIAO (kiri) dalam perbincangan untuk melawan Lomachenko. -Foto AFP
PACQUIAO (kiri) dalam perbincangan untuk melawan Lomachenko. -Foto AFP
AFP

MANILA: Legenda tinju Filipina Manny Pacquiao berkata dia kini dalam perbincangan untuk mengadakan pertarungan dengan juara dunia Vasyl Lomachenko, yang dianggap sebagai petinju terbaik dalam kelasnya ketika ini.

Pacquiao, 39, yang menjulang gelaran dunia dalam lapan divisyen berat badan kini memberi tumpuan untuk pertarungan dengan juara superfeatherweight Pertubuhan Tinju Dunia Ukraine April ini ketika berehat daripada menjalani tugas sebagai senator di Filipina.

“Perbincangan sedang diatur ketika ini untuk menentang petinju nombor satu iaitu Lomachenko,” Pacquiao berkata dalam satu wawancara di rangkaian televisyen ABS-CBN.

“Perkara seperti berat dan pengurangan berat badan juga dibincangkan,” kata Pacquiao, bertarung dalam kategori welterweight.

Pembantu Pacquiao memberitahu venue dan tarikh pertarungan dengan Lomachenko juga belum diputuskan.

Lomachenko, 29, hanya kalah sekali dalam 11 pertarungan profesional dan menang kesemua yang lain menerusi knockout.

Pacquiao, yang kehilangan gelaran welterweight WBO kepada petinju Australia Jeff Horn tahun lalu, menyaksikannya mencatat rekod 59 kemenangan, tujuh kekalahan dan dua seri kini di penghujung kariernya.

Petinju Filipina itu berehat seketika pada 2016 tetapi kembali untuk merampas gelaran WBO daripada Jessie Vargas beberapa bulan kemudian. Bagaimanapun dia gagal mencatat kemenangan menerusi knockout dalam tempoh lapan tahun kebelakangan ini.

Pacquiao turut menolak saranan untuk bersara dan menambah dia tidak percaya kekalahan baru-baru ini akan mencalarkan rekodnya.

“Anda tahu, saya rindu hendak bertinju,” kata Pacquiao.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2018 @ 2:01 PM