JUSTIN Thomas ketika beraksi di kejohanan pro am menjelang aksi Terbuka Sony di Hawaii. Foto AFP
JUSTIN Thomas ketika beraksi di kejohanan pro am menjelang aksi Terbuka Sony di Hawaii. Foto AFP

HONOLULU: Justin Thomas kembali ke Hawaii untuk saingan Terbuka Sony minggu ini dengan caddie baharu bagi membantunya mempertahankan kejuaraan.

Caddie yang biasa menemaninya tidak ikut serta akibat kecederaan, dan pemain nombor empat dunia itu terpaksa mengharapkan bekas mentor juara major lima Phil Mickelson, Jim ‘Bones’ Mackay untuk membantunya di lapangan Kelab Country Waialae.

Bagaimanapun Thomas sudah selesa bermain di situ selepas menjinakkan lapangan sama setahun lalu dengan pusingan pembukaan 59 pukulan dan memenangi kejohanan dengan catatan paling rendah dalam jelajah pada 253 pukulan selepas 72 lubang.

Minggu lalu, Thomas menamatkan saingan di Kapalua berkongsi tangga ke-22. Tahun lalu dia meraih kemenangan kedua daripada tiga kemenangannya dalam lima kejohanan pertama musim itu sebelum menamatkan kempen dengan gelaran major sulungnya di Kejuaraan PGA dan memenangi Piala FedEx serta anugerah Pemain Terbaik.

“Sasaran saya sama seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk fokus kepada kejuaraan major dan cuba berada dalam saingan untuk menang pada hujung minggu beberapa kali,” kata Spieth, 24.

“Musim ini, empat atau lima kejohanan yang saya harungi, saya belum berfikir tentang Masters. Tetapi sebaik memasuki Mac, persiapan sebenar akan bermula.

“Saya meletakkan sasaran berbeza di beberapa peringkat dan di peringkat ini ialah untuk memenangi satu daripada empat atau lima kejohanan awal.”

Spieth akan memulakan permainan bersama rakan senegara dari Amerika Syarikat, Xander Schauffele dan Daniel Berger.

- REUTERS

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 2:12 PM