MULLER (kanan) terlepas aksi menentang Leipzig. FOTO/AFP
MULLER (kanan) terlepas aksi menentang Leipzig. FOTO/AFP
AFP

BERLIN: Bayern Munich berdepan kebimbangan kecederaan baru bagi dua pertembungan menentang RB Leipzig minggu ini apabila Mats Hummels menyertai Thomas Mueller dalam senarai itu, menurut akhbar harian Jerman, Bild.

Kapten sementara Bayern, Mueller terhincut-hincut ketika menang 1-0 ke atas Hamburg Sabtu lalu dengan koyak di hamstring kanannya yang menyebabkannya diketepikan hingga tiga minggu, umum kelab itu hari ini.

Ia bermakna dia terlepas aksi persahabatan Jerman menentang England di London pada 10 November depan dan bertemu Perancis empat hari kemudian di Cologne.

Bintang Jerman itu cedera ketika cuba melakukan hantaran menggunakan tumit ketika 10 minit dia beraksi di padang sebelum dikeluarkan di Hamburg.

Hummels turut mengalami kecederaan buku lali ketika kemenangan tipis itu, menurut Bild.

Bagaimanapun masih ada harapan pemain tengah itu boleh beraksi pada pusingan kedua Piala Jerman di RB Leipzig awal pagi Khamis ini dan aksi Bundesliga menentang pasukan tangga ketiga Leipzig Sabtu ini di Munich.

Pemain sayap Bayern, Arjen Robben berkata, mereka memerlukan khidmat bintang Jerman itu secepat mungkin namun dia tetap akan terlepas aksi genting liga berdepan pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund pada 4 November ini.

“Sering kali membimbangkan apabila pemain diketepikan kerana kecederaan,” kata pemain dari Belanda itu.

“Kami tidak mahunya ketika ini. Thomas kini kapten kami dan dia amat penting.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 10:04 PM