RASHFORD (tengah) hasil gol tunggal perlawanan. FOTO/REUTERS
RASHFORD (tengah) hasil gol tunggal perlawanan. FOTO/REUTERS
Reuters

LISBON: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho jelas gembira selepas anak buahnya menewaskan Benfica 1-0 dalam aksi Liga Juara-Juara sekali gus meletakkan mereka semakin hampir ke pusingan kalah mati.

“Saya tidak pernah merasakan yang kami mungkin melepaskan jaringan dan kami bertahan dengan sangat baik,” kata Mourinho.

“Kadangkala saya merasakan corak bertahan ini seperti satu jenayah tetapi ia adalah langkah untuk mendapatkan keputusan.

“Kami semakin hampir untuk melangkah mara dan satu kemenangan di laman lawan untuk meraih kemenangan dalam kumpulan. Kami juga mempunyai dua lagi perlawanan di laman sendiri nanti.”

Meskipun tanpa Paul Pogba yang cedera, United bagaimanapun mampu mencipta kelebihan terutama di bahagian tengah dan harus berterima kasih kepada jaringan Marcus Rashford serta pertahanan yang kental.

Masih belum tewas baik dalam aksi Liga Juara-Juara ataupun domestik, United, yang ketinggalan dua mata di belakang seteru tempatan Manchester City dalam kancah Liga Perdana, kini berada di landasan tepat untuk meraih gelaran pertama mereka sejak kali terakhir pada 2013.

MOURINHO puas anak buah berjaya kutip tiga mata.
MOURINHO puas anak buah berjaya kutip tiga mata.

Dengan ledakan empat gol untuk meraih kemenangan ke atas West Ham United, Swansea City, Everton, Burton Albion, CSKA Moscow dan Crystal Palace, dua lagi baki perlawanan United menentang Liverpool dan Benfica dilihat seperti satu pemburuan ketara.

Romelu Lukaku berjaya meledak 11 gol daripada 10 perlawanan pertamanya bersama United sejak meninggalkan Everton namun pemain Belgium itu tampak seakan hilang taringnya ketika pasukan terikat tanpa jaringan dengan Liverpool dan menang tipis ke atas Benfica.

Kecederaan yang melanda pemain tengah Pogba, Marouane Fellaini dan Michael Carrick jelas memberi impak kepada Mourinho namun barisan pertahanannya jelas mampu memberi impak positif.

“Tanpa sebarang tekanan, kami tahu jaringan akan tetap tiba,” kata Mourinho selepas perlawanan dengan Benfica yang menyaksikan kesilapan besar dilakukan penjaga gol lawan yang berusia 18 tahun, Mile Svilar.

“Saya tahu sejauh mana kemampuan penjaga gol itu, saya memberitahu kepada pemain mengenainya. Kami mempunyai strategi, terutamanya dalam situasi bola matu untuk menjadikan dirinya tidak selesa.

“Kami meletakkan pemain di sekelilingnya ketika sepakan sudut supaya dia tidak boleh keluar,” kata Mourinho.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 3:21 PM