PEMAIN Sepanyol jalani latihan sebelum bertemu Israel esok. -Foto AFP
PEMAIN Sepanyol jalani latihan sebelum bertemu Israel esok. -Foto AFP
AFP

JURULATIH Sepanyol, Julen Lopetegui menafikan impak yang dicetuskan tuntutan kemerdekaan Catalan dalam pasukannya menjelang pertembungan terakhir kelayakan Piala Dunia 2018, esok.

Sepanyol yang sudah pun layak ke Russia akan bertemu Israel bagi aksi terakhir ketika di Barcelona, ratusan ribu penunjuk perasaan berkumpul menentang rancangan yang dibuat ketua pemisah untuk mengisytiharkan kemerdekaan di wilayah itu.

Gerard Pique yang juga pertahanan tengah Bercelona berdepan kritikan malah turut diejek oleh penyokong Sepanyol kerana menyokong referendum berkenaan.

Ketika ditanya mengenai impak yang berpotensi berpunca daripada kemelut politik terhadap skuadnya, Lopetegui mengulangi kenyataannya sebelum ini dengan mengetepikan isu berkenaan.

“Kami cuba untuk memberi keutamaan terhadap kesatuan dalam pasukan,” katanya.

“Kami meletakkan keutamaan terhadap pasukan dengan kualiti individu yang semua mereka miliki.

“Jelas kami adalah kumpulan pemain yang kuat dan apa yang kami mahu ialah mencipta kumpulan yang serupa.”

Pertahanan Arsenal, Nacho Monreal berkata pemain-pemain fokus sepenuhnya di atas padang.

“Bagi kami adalah jelas sejak daripada hari pertama yang kami fokus dalam permainan.

Politik bukan kebimbangan kami jadi kami semua memberi keutamaan terhadap perlawanan dan bermain bola sepak.”

PIQUE tidak beraksi akibat penggantunga. -Foto AFP
PIQUE tidak beraksi akibat penggantunga. -Foto AFP

Sergio Busquets dijangka meraih penampilan ke-100 ketika menentang Israel dan Lopetegui memuji sumbangan pemain tengah Barcelona itu.

“Bussi adalah pemain yang berada di tahap tertinggi, dengan profesional yang maksimum tetapi dia adalah pemain yang menghormati posisinya dan juga dia adalah pemain yang amat penting.”

Busquets yang juga seperti Pique berasal dari Catalan bercakap amat sedikit mengenai potensi kemerdekaan. Pique akan terlepas perlawanan dengan Irsael susulan penggantungan.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Oktober 2017 @ 9:25 AM