Gandingan beregu Malaysia, Goh V Shem (belakang) dan Tan Wee Kiong juga terkeluar daripada saingan Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland. - Foto Fail
Gandingan beregu Malaysia, Goh V Shem (belakang) dan Tan Wee Kiong juga terkeluar daripada saingan Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland. - Foto Fail
Helmi Talkah


DETIK hitam terus menghantui skuad badminton negara di Glasgow, Scotland, apabila beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong pula ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland.

V Shem-Wee Kiong terus bergelut dengan prestasi tidak menentu apabila tewas di tangan pasangan Korea Selatan, Chung Eui Seok-Kim Dukyong 18-21, 16-21 pada aksi pusingan kedua di Emirates Arena, malam tadi.

Ia tamparan hebat buat skuad negara selepas jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei tersingkir di pusingan pertama, kelmarin. Petang semalam, cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki di kejohanan itu berakhir selepas pemain profesional, Zulfadli Zulkifli tersingkir di pusingan kedua.

Kini, sandaran diletakkan hanya kepada beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang akan turun untuk aksi pusingan ketiga esok, dan satu lagi pasangan beregu lelaki, Low Juan Shen-Chooi Kah Ming yang akan turun beraksi di pusingan kedua, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2017 @ 1:13 AM