ORANG digalakkan menggunakan pengangkutan awam elak kesesakan jalan raya.
ORANG digalakkan menggunakan pengangkutan awam elak kesesakan jalan raya.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Orang ramai yang ingin menghadiri upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada 19 Ogos ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi melancarkan pergerakan di kawasan itu.

Menurut Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) dalam satu kenyataan, ia kerana penutupan beberapa jalan secara separa atau sepenuhnya semasa majlis pembukaan itu, selain peningkatan kadar trafik yang akan menambah kesesakan ke lokasi.

RAPID  KL  menyediakan bas khas dengan kekerapan 10 hingga 15 minit dari tujuh lokasi dari atau ke Stadium Nasional, Bukit Jalil bermula jam 5 petang hingga 1 pagi.
RAPID KL menyediakan bas khas dengan kekerapan 10 hingga 15 minit dari tujuh lokasi dari atau ke Stadium Nasional, Bukit Jalil bermula jam 5 petang hingga 1 pagi.

Kemudahan pengangkutan awam iaitu LRT Laluan Sri Petaling di stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan hingga jam 1 pagi dengan pengguna boleh bertukar ke semua perkhidmatan Rapid Rail yang lain termasuk LRT laluan Ampang, Kelana Jaya, MRT Sungai Buloh-Kajang dan monorel, menurut kenyataan itu.

Perkhidmatan KTM Komuter akan turut dilanjutkan waktu operasi dengan butiran mengenainya diumumkan kemudian.

Rapid KL akan menyediakan bas khas dengan kekerapan 10 hingga 15 minit dari tujuh lokasi dari atau ke Stadium Nasional, Bukit Jalil bermula jam 5 petang hingga 1 pagi.

“Lokasi permulaan bas menuju ke Bukit Jalil bagi bas KL SEA Games 1 adalah di Terminal Jalan Reko Kajang, KL SEA Games 2 (Ampang Point, Ampang), KL SEA Games 3 (Greenwood, Gombak), KL SEA Games 4 (Hentian Bandar Shah Alam), KL SEA Games 5 (hentian bas KLCC), KL SEA Games 6 (Platform C, Pasar Seni) dan KL SEA Games 7 (hadapan Nu Sentral, KL Sentral),” menurut kenyataan itu.

Semua 13,000 sukarelawan dan 2,500 rakan media yang mempunyai akreditasi KL2017 boleh menggunakan perkhidmatan Prasarana Malaysia Bhd termasuk LRT, monorel, BRT, MRT, Rapid KL dan bas perantara MRT secara percuma mulai 14 hingga 31 Ogos ini (Sukan SEA) dan 16 hingga 24 September (Sukan Para ASEAN).

Maklumat terkini boleh didapati di laman media sosial KL2017 iaitu www.kualalumpur2017.com.my, Facebook: Kuala Lumpur 2017, Twitter: @KL2017, Instagram: kualalumpur2017 dan YouTube: Kuala Lumpur 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Ogos 2017 @ 9:43 AM