Carrick (kiri) ingatkan Lukaku agar boleh hadapi tekanan Old Trafford. FOTO AFP
Carrick (kiri) ingatkan Lukaku agar boleh hadapi tekanan Old Trafford. FOTO AFP
Reuters

PENYERANG Manchester United Romelu Lukaku perlu sanggup berdepan ‘kejutan bertukar angin’ beraksi di Old Trafford daripada Everton, kata kapten, Michael Carrick.

Pemain antarabangsa Belgium berusia 24 tahun itu membuat penampilan pertama ketika menang 5-2 sejak menyertai United awal bulan ini, pada perlawanan persahabatan menentang LA Galaxy, kelmarin.

Carrick menyertai United daripada Tottenham Hotspur pada 2006 menjangkakan penyerang itu akan dapat membuktikan nilai dirinya ketika harapan tinggi diletakkan terhadapnya.

"Peralihan itu sangat besar," kata Carrick.

"Saya sendiri merasainya ketika berhijrah dari Tottenham. Pengalaman beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menjadi bonus sangat besar. Dia pasti tahu apa perlu dilakukan setiap minggu. Ia adalah mengenai menguruskan tekanan”.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2017 @ 2:51 PM