CARRICK (tengah) menggantikan Rooney (kiri) sebagai kapten skuad Manchester United.
CARRICK (tengah) menggantikan Rooney (kiri) sebagai kapten skuad Manchester United.
AFP

MICHAEL Carrick mengambil alih sebagai kapten skuad Manchester United selepas Wayne Rooney berpindah semula ke Everton.

Carrick, 35, berkata, pelantikan itu satu penghormatan besar baginya.

"Tahun ini tahun ke-12 saya berada di United dan saya tak sangka berada di sini selama itu dan mencapai begitu banyak kejayaan.

"Kini, untuk memimpin pemain dan menjaga serta membimbing mereka satu perkara yang baik dan sernonok.

"Saya datang ke kelab ini sebagai pemain dan kini seorang peminat besar. Saya semakin menyayangi kelab ini dan peluang berada dalam kedudukan ini sesuatu yang sangat istimewa bagi saya," katanya kepada saluran MUTV pada Selasa.

Carrick menyertai United dari Tottenham pada 2006. Dengan perpindahan Rooney, Carrick pemain paling lama di Old Trafford.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Julai 2017 @ 7:21 AM