Pep kendali City musim pertama. FOTO REUTERS
Pep kendali City musim pertama. FOTO REUTERS
Reuters

MANCHESTER City enggan tercicir sebaliknya mahu mengejar rapat dua pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dan Tottenham Hotspur musim depan.

Perkara dinyatakan pengurus skuad itu, Pep Guardiola selepas pasukannya menamatkan saingan di tangga ketiga EPL pada penampilan pertama kempen.

City melalui prestasi tidak menentu, ketinggalan 13 mata di belakang juara bertahan, Chelsea dan tercicir lapan di belakang Tottenham.

Pengurus Sepanyol itu gagal meraih sebarang piala kali pertama bertarung di England.

"Liga Perdana sentiasa rumit untuk dimenangi," kata Guardiola dalam satu sesi temu ramah bersama peminat, semalam.

"Sudah tentu kami akan merapatkan jurang kepada Chelsea dan Tottenham dan cuba berada lebih hampir musim depan."

Guardiola berkata musim pertamanya di England tidak mendesaknya melakukan banyak percaturan berbanding berada di Barcelona dan Bayern Munich sebelum ini.

"Ia tidak terlalu banyak, tetapi prinsipnya tetap sama dengan corak permainan mahu diterapkan, jadi sudah tentu saya merubahnya sedikit," katanya.

"Saya merubah bukan kerana kualiti pemain dalam EPL tetapi liga ini berbeza dengan beberapa liga lain.”

City sudah mengeluarkan belanja yang banyak mendapatkan Bernardo Silva dan penjaga gol Ederson Moares untuk menguatkan skuad musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 4:48 PM