Nurshafika Suhaimi

SUBANG JAYA : Taylor's University berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai universiti swasta terkemuka di Malaysia dalam QS Graduate Employability Rankings 2022 dengan menduduki tempat ke-16 di dunia untuk penunjuk Graduate Employment Rate.

Ini menempatkan Taylor's setaraf dengan universiti terkenal antarabangsa seperti Cardiff University, Lancaster University, University of Notre Dame dan Université de Montréal.

"Hasil tinjauan QS menunjukkan bahawa kami telah membuat kemajuan besar dalam indikator 'Reputasi Majikan dan Perkongsian Majikan', menunjukkan kepercayaan yang diberikan oleh rakan industri kami kepada kami, serta bukti kualiti graduan kami," kata Naib Canselor dan Presiden, Profesor Michael Driscoll.

"Dengan MOHE Tracer Study menunjukkan lebih daripada 40,000 graduan Malaysia tidak memperoleh pekerjaan pada tahun 2020, Taylor's University melangkah dengan reformasi kurikulum yang inovatif dan penekanan pada kemahiran keusahawanan serta sepanjang hayat.

"Biarpun dalam pandemik, usaha kami telah menghasilkan kadar pekerjaan siswazah 99 peratus untuk graduan universiti, berdasarkan hasil tinjauan dalam kajian yang sama, "katanya.

"Universiti Taylor berusaha untuk memastikan para graduan dilengkapi dengan kecerdasan intelektual, praktikal dan kreatif yang diperlukan untuk menavigasi dunia yang semakin tidak stabil, bertentangan dengan pengangguran siswazah yang tinggi," katanya

Pada awal tahun ini, Taylor's mengekalkan kedudukan sebagai 20 Terbaik di Peringkat Dunia dalam senarai QS World University Rankings by Subject 2021 menerusi program Hospitaliti dan Pengurusan Riadah.

Menerusi pengiktirafan itu, Taylor's Business School menjadi satu-satunya universiti perniagaan swasta terbaik di Malaysia.

Taylor's University juga terus cemerlang dengan menduduki tangga ke-332 peringkat global dalam senarai siri QS World University Rankings 2022.

Kedudukan tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 47 anak tangga berbanding pencapaian tahun lalu, sekali gus menjadikan Taylor's University sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara.

Selain itu, antara pencapaian lain yang diterima Taylor's University ialah pengiktirafan sebagai QS 5 Stars bagi pembelajaran secara dalam talian yang juga merupakan kategori penilaian baharu dalam QS Stars.

Anugerah ini merupakan bukti institusi tersebut berjaya mengambil pendekatan pengajaran dan pembelajarannya dalam talian (online) secara baik.

Strategi mengatasi pengangguran graduan

Image

Prof Dr Pradeep Nair, Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Taylor's University. - FOTO Taylor's University


Akhir-akhir ini, para graduan menghadapi pasaran pekerjaan yang sangat sukar akibat situasi pandemik dan kemerosotan ekonomi.

Sebagai contoh, graduan kulinari Taylor's University, Nurul Nadhirah Abdul Azis, 24, tidak dapat memperoleh pekerjaan di sebuah patisserie yang dilatihnya tahun lalu.

Oleh itu, dia memulakan perniagaan dalam taliannya, Gooti Pastries.

"Ketika tempoh perintah perkawalan pergerakan, saya menghabiskan masa bereksperimen menghasilkan kek dan pastri, dan membuat keputusan untuk memulakan perniagaan sendiri.

"Untungnya, selepas beberapa bulan, perniagaan ini berjaya menjadi sumber pendapatan," kata Nurul Nadhirah.

Apabila ditanya mengenai kaedah pihak universiti dalam menangani masalah pekerjaan di Malaysia, Prof Dr Pradeep Nair, Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Taylor's University, berkata pihak universiti menggabungkan modul pembelajaran dan mendorong pembelajaran berasaskan tempat kerja.

Prof Pradeep percaya pelajar memerlukan pembelajaran dari pelbagai disiplin untuk mendapat sebanyak mungkin kemahiran, selain bekerjasama dengan ahli akademik dan rakan sebaya dari pelbagai latar belakang disiplin bagi membantu mereka menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan.

Pelajar perniagaan kini boleh membuat strategi pemasaran menjual produk yang dihasilkan oleh pelajar bioteknologi.

Sementara itu, pelajar reka bentuk pula boleh menghasilkan rekaan pembungkusan manakala pelajar komunikasi dapat mengemukakan rancangan promosi.

"Dengan segala inisiatif yang diberikan pihak Taylor's, para graduan dapat meningkatkan kecerdasan emosi, kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, penyesuaian budaya, dan keusahawanan agar pelajar menjadi individu yang holistik dan seimbang.

"Kami juga mengukur dan menilai keupayaan siswazah Taylor (TGC) untuk memberi kelebihan kepada pelajar kami dari segi kemahiran hidup yang dapat mereka buktikan kepada bakal majikan, selain SHINE Award yang mengiktiraf pencapaian ekstrakurikular mereka," jelasnya

Ketika pandemik terus memberi impak kepada orang ramai dan negara, Taylor's University mengambil pendekatan baru dalam 'Kerangka Kurikulum Taylor' dan mengembangkan ekosistem Taylor'sphere bagi mengasah kecerdasan pelajar dan mendorong pembelajaran yang disiplin.

Sejajar dengan TGC, kemahiran seperti keusahawanan dan reka bentuk dapat dimainkan dalam tonggak kecerdasan 'Craft'.

Pelajar berpeluang merealisasikan impian keusahawanan mereka dan menerima bimbingan dengan ideas, prototaip, pembiayaan dan pengkomersialan produk di bawah bimbingan Taylor's Me.reka Makerspace, BizPod dan Research & Enterprise.

"Banyak perniagaan hari ini bergelut dengan masalah kewangan dan berusaha untuk membina semula syarikat.

"Oleh itu, majikan akan lebih memilih graduan dengan kemahiran mengenal pasti nilai perniagaan, berani mengambil risiko, berinovasi merebut peluang perniagaan dan mampu memperkuat kelebihan daya saing syarikat," kata Prof Dr Pradeep.

Ini diakui sendiri oleh Nurul Nadhirah kerana sudah tentu kemampuan keusahawanan dalam ijazahnya membantu Nadhirah untuk melancarkan perniagaannya.

"Selama empat tahun saya di Taylor's, saya harus menyertai banyak kegiatan keusahawanan dan mempelajari dinamika pasukan, pemasaran, pembuatan kandungan dan pengurusan penjualan.

"Saya juga menjalin hubungan dengan ramai rakan yang mempunyai minat yang sama serta mereka masih memberi saya panduan sehingga hari ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 September 2021 @ 6:54 PM