Pelajar sukar fokus dan terganggu dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka atau di skrin apabila guru tidak dapat memantau aktiviti mereka secara aktif. - FOTO Hiasan
Pelajar sukar fokus dan terganggu dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka atau di skrin apabila guru tidak dapat memantau aktiviti mereka secara aktif. - FOTO Hiasan
Hanis Aliaa Hidzir

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) baru-baru ini mengumumkan sekolah bakal dibuka secara berperingkat bagi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka mulai 3 Oktober 2021.

Walaupun sesi persekolahan bersemuka bakal dilaksanakan secara berperingkat, kebanyakan pelajar di seluruh Malaysia masih meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) seperti biasa.

Berikut beberapa tip dan pengalaman yang ibu bapa boleh praktikkan bagi membantu menyokong dan meningkatkan pengalaman PdPR anak-anak sepanjang ia dilaksanakan.

Rancang jadual harian anak

Buat Annis Syifa' dan suami yang perlu keluar bekerja, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) disambut dengan rasa berbelah bahagi.

Antara keperluan menyekat penularan wabak dan tanggungjawab memantau pendidikan anak-anak, PdPR merupakan langkah terbaik memastikan sesi pembelajaran terus berjalan.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini, dia akan menetapkan rutin harian anak berdasarkan jadual PdPR yang diatur oleh guru.

"Rutin yang disediakan perlu realistik, merangkumi berapa banyak aktiviti yang mampu dilakukan anak-anak dalam tempoh sehari.

"Hal ini penting bagi memastikan anak-anak saya mendapat pembelajaran sempurna dan proses itu tidak akan terganggu dengan adanya jadual yang ditetapkan," katanya.

Kurang penguasaan subjek

Berbeza bagi pasangan pensyarah Ridhwan Abdullah dan Nurul Farhanah, mereka mengakui sukar untuk menguasai setiap subjek pembelajaran anak, apatah lagi apabila mempunyai lima anak yang masih bersekolah.

"Ketika di peringkat awal PdPR, kami suami isteri agak tertekan kerana perlu memantau pembelajaran lima orang anak yang adakalanya semua pada masa yang sama selain sukar untuk menerangkan kepada anak berkenaan sesuatu topik yang tidak kami kuasai.

"Namun, setelah perbincangan dengan pihak sekolah dan guru, kedua-dua belah pihak berjaya mendapat kata sepakat mengatur masa dengan lebih baik dan sesuai dengan menggunakan medium yang lebih praktikal," kata Ridhwan.

Selain itu, pasangan suami isteri ini juga berusaha mengoptimumkan sumber yang ada untuk menambah ilmu bagi membantu anak mereka lebih memahami sesuatu topik dengan lebih baik.

Pilih peranti yang tepat

Bagi Ketua Segmen Pengguna Lenovo Malaysia, Estee Chin, selain memastikan silibus, kandungan dan kaedah pembelajaran sesuai dengan usia anaknya, dia turut mengambil kira peranti yang diperlukan bagi sesi pembelajaran dalam talian.

"Bagi mengharungi situasi pasca pandemik ini, memiliki peranti yang tepat dapat memberikan pengalaman PdPR yang lebih baik kepada anak tanpa perlu mengorbankan kesihatan mereka disebabkan pendedahan kepada skrin untuk tempoh masa yang lama.

"Dengan kemajuan teknologi, terdapat banyak perisian, aplikasi, dan peranti yang dapat membantu mengawasi anak-anak dan memastikan tabiat teknologi sihat diamalkan ketika ibu bapa tiada untuk memantau mereka," ulasnya.

Beliau turut memberi contoh ciri Smart Learning pada Lenovo IdeaPad Slim 3 dan IdeaPad Slim 5 yang dapat mengingatkan anak-anak untuk mengamalkan tabiat teknologi sihat seperti membetulkan postur serta mengingatkan mereka kekal fokus ketika sesi PdPR apabila perhatian terganggu.

"Selain itu, ciri Smart Learning pada IdeaPad Slim 3 dan IdeaPad Slim 5 menerusi perisian Lenovo Aware turut dilengkapi ciri Posture Alert, Break Reminder, dan Eye Care.

"Dengan adanya AI, ciri ini membantu memantau tabiat belajar anak saya dan menghantar peringatan bagi memastikan dia mengamalkan tabiat belajar yang sihat pada usia muda."

Estee turut berkongsi tip untuk ibu bapa memilih peranti dengan ciri pembelajaran pintar bagi pengalaman pembelajaran terbaik buat anak-anak.

"Secara peribadi, kebimbangan terbesar saya ialah penglihatan anak saya ketika PdPR memandangkan dia banyak terdedah kepada skrin peranti.

"Oleh itu, ibu bapa boleh mendapatkan peranti dengan ciri penjagaan mata bagi membantu mengurangkan pancaran cahaya biru berbahaya serta mengurangkan ketegangan mata seterusnya menjaga keselamatan dan kesihatan mata anak anda."

Tambah Estee lagi, peranti dengan kemudahan peningkatan perisian dan pemasangan aplikasi lebih sesuai bagi anak-anak sekolah rendah untuk PdPR kerana selain belajar mereka juga dapat berhibur selepas sesi pembelajaran.

"Dengan teknologi AI yang boleh diakses seperti ciri Smart Learning dengan Lenovo Aware, tugas anda sebagai ibu bapa lebih mudah kerana dapat memastikan anak-anak belajar dengan berkualiti dari kedua-dua perspektif pendidikan dan teknologi," ujar Estee.

Tingkat pengalaman pembelajaran

Image

Pembelajaran secara maya memerlukan pelajar menghabiskan masa yang lama di hadapan peranti bagi menghadiri kelas maya serta menyelesaikan kerja rumah.

Dengan penguatkuasaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), pelajar juga mempamerkan tingkah laku tidak aktif serta kedudukan postur badan yang salah sekaligus memberi kesan buruk kepada mereka.

Tambahan pula, pelajar mungkin sukar untuk fokus dan terganggu dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka atau di skrin apabila guru tidak dapat memantau aktiviti mereka secara aktif.

Memahami cabaran ini, ciri Smart Learning di bawah Lenovo Aware dibina bagi membolehkan pelajar dan guru menghabiskan masa dengan lebih berkesan dalam persekitaran pembelajaran digital.

Dengan ciri menarik seperti peringatan rehat automatik, peringatan jarak, peringatan postur dan banyak lagi dapat mendorong tabiat duduk yang baik serta membantu pelajar berada dalam tumpuan yang terbaik.

Selain itu, terdapat juga ciri-ciri pembelajaran pintar tambahan seperti ciri pembatalan bunyi hingar yang menyekat suara latar dan ciri Q-Control untuk prestasi pemproses terbaik, meningkatkan kecekapan serta memastikan mesin berada dalam mod senyap.

Teman ideal ketika PdPR

Image

Lenovo tampil dengan Lenovo IdeaPad Slim 3 dan IdeaPad Slim 5 yang dilengkapi kemampuan Smart Learning bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.

Prestasi dan kecekapan Lenovo IdeaPad Slim 3 disokong oleh AMD Ryzen™ 5 5500U manakala IdeaPad Slim 5 pula beroperasi dengan AMD Ryzen™️ 5 5500U juga AMD Ryzen™️ 7 5700U dan kedua-dua peranti menggunakan grafik AMD Radeon™️ menerusi AMD SoC.

Dengan bezel nipis empat sisi pada paparan FHD 15.6 inci bagi IdeaPad Slim 3 dan 14 inci untuk IdeaPad Slim 5, komputer riba ini mempunyai nisbah kawasan aktif tertinggi dalam kelas mereka iaitu 90 peratus selain turut dilengkapi sistem pembesar suara Dolby Audio™️.

Komputer riba ini berupaya kekal sejuk dengan aliran udara mekanikal dan termal pintar yang memastikan udara mengalir keluar tanpa melintasi ventilasi masuk.

Prestasi kalibrasi dan penyejukan juga lebih baik dengan ciri Q-Control apabila terdapat tiga mod kelajuan kipas bagi memenuhi keperluan prestasi penggunaan.

Penyelesaian pembelajaran pintar seperti ciri penjagaan mata untuk mengurangkan cahaya biru rendah berbahaya dan ciri pembatalan bunyi bagi menyekat bunyi latar menjadikan ia komputer riba ideal untuk belajar.

Tambahan, kamera privasi pada kedua-dua peranti turut mempunyai penghalang fizikal bagi memastikan keselamatan pengguna.

Dengan pemacu SSD yang pantas dan pilihan memori yang banyak, rangkaian komputer riba IdeaPad Slim turut menggunakan cat tahan lama yang menghasilkan rasa seperti kain di permukaan menjadikan ia lembut dan selesa disentuh, sesuai dengan gaya hidup pengguna.

Tingkatkan pengalaman pembelajaran anak anda dengan mendapatkan Lenovo IdeaPad Slim 3 atau Lenovo IdeaPad Slim 5 di kedai dalam talian Lenovo menerusi Shopee dan Lazada.

Layari pautan IdeaPad Slim 3, IdeaPad Slim 5 atau Facebook dan Instagram rasmi Lenovo untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk IdeaPad dengan ciri Smart Learning.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Ogos 2021 @ 5:54 PM