BEE dan Ling menyiapkan kelengkapan kembali ke sekolah untuk diedarkan kepada pelajar Orang Asli.
BEE dan Ling menyiapkan kelengkapan kembali ke sekolah untuk diedarkan kepada pelajar Orang Asli.
Suliati Asri

TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, menerusi kempen amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP yang disokong Lotuss Store Malaysia (dulunya Tesco Malaysia) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), tampil membantu 420 pelajar Orang Asli dari enam sekolah sekolah di Pahang, Perak dan Johor.

Sumbangan kelengkapan kembali ke sekolah termasuk dua pelitup muka guna semula bagi setiap pelajar untuk perlindungan daripada Covid-19 dan serbuk pencuci TOP untuk basuhan sebersih-bersihnya pakaian sekolah bagi sesi persekolahan tahun ini.

Dana yang dikutip menerusi kempen ini lebih daripada jangkaan dan membolehkan TOP membantu 60 pelajar lagi sebagai tambahan kepada sasaran asal iaitu 360 pelajar.

Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik)†Ling Ai Li merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Lotus Malaysia, JAKOA dan pengguna jenama TOP atas sokongan mereka membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak Orang Asli di keadaan sukar ini.

"Berdasarkan trend perbelanjaan pengguna, kami menjangka kutipan dana yang jauh lebih rendah, namun pengguna TOP yang berbelanja di Lotus tampil menyokong kempen kami kerana pendidikan dan kesihatan anak-anak Orang Asli antara usaha penting bagi mereka dan juga kami.

HANIM dan ling menunjukkan botol air dan bekas makanan yang disediakan untuk diberikan kepada pelajar Orang Asli di tiga negeri yang terbabit.
HANIM dan ling menunjukkan botol air dan bekas makanan yang disediakan untuk diberikan kepada pelajar Orang Asli di tiga negeri yang terbabit.

"Kami sangat†gembira dengan sikap prihatin dan kemurahan hati pengguna TOP. Walaupun pasukan kami tidak melawat sekolah-sekolah Orang Asli tahun ini demi menjaga kesihatan semua, matlamat kami melengkapi pelajar dari segi akademik dan membantu mereka melindungi diri daripada Covid-19 tetap diteruskan.

"Pasukan JAKOA membantu dengan menyalurkan maklumat dari lapangan dengan cekap di samping sokongan logistik bagi menyampaikan barangan keperluan pelajar ini ke komuniti yang terpencil. Terima kasih daripada kami buat semua termasuk Jabatan Pendidikan Negeri yang terbabit, guru dan ketua-ketua kampung Orang Asli. Masa depan 420 orang anak Orang Asli kini lebih cerah hasil sumbangan anda!," kata Ling.

Sementara itu, Ketua Bahagian Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat Lotuss Stores (Malaysia),Hanim Hamdan berkata, Lotuss sebagai firma peruncit terkemuka menyokong penuh matlamat kempen dan memilih untuk menyumbang botol air serta bekas makanan. Ini bagi membantu pelajar Orang Asli mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 iaitu penjarakan fizikal.

"Matlamat kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP adalah sejajar dengan nilai yang dipegang oleh TESCO iaitu Setiap Bantuan Walau Sekecil Mana Pun Akan Membuahkan Hasil Yang Besar.

SUMBANGAN dihulurkan bagi meringankan beban.
SUMBANGAN dihulurkan bagi meringankan beban.

"Kami berbesar hati dapat menjadi rakan runcit TOP bagi kempen ini buat tahun kedua berturut-turut kerana kempen ini berjaya membawa hasil positif kepada komuniti yang terjejas seperti ini," katanya.

Sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berprestasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok, Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang mempamerkan semangat kental dan dibina semula selepas†tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil. Pelajar Orang Asli dari SK Kenering, SK Pahit dan SK Batu 4 di Perak turut menerima sumbangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mac 2021 @ 6:30 AM