KUMAR sering bertanya soalan 'mencabar.'
KUMAR sering bertanya soalan 'mencabar.'
Suliati Asri

BERTAJUK 'Curious Kumar,' filem pendek Deepavali Taylor Universiti mempertontonkan kelainan dan sarat mesej pengajaran.

Menampilkan seorang budak lelaki India, bernama Kumar mengemukakan banyak pertanyaan kepada ibu bapanya ketika mereka menjalani kehidupan seharian dan membuat persiapan untuk Deepavali.

Ibu Johnny dengan nada lucu mengatakan jika Kumar nakal, 'apuneneh' akan menangkapnya.

"Tetapi jika saya pula yang nakal siapa yang akan datang dan menangkapnya saya?" tanya Johnny.

Filem pendek sejak itu memperoleh hampir 455,000 tontonan dan lebih daripada 7,000 reaksi, komen dan perkongsian di media sosial dalam tiga hari sejak pelancarannya pada 6 November lalu.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Universiti Taylor, Ben Foo berkata jika kita menghadiahkan pendidikan untuk generasi kita yang akan datang dan percaya bahawa kebenaran akan membebaskan kita.

"Jadi, satu-satunya cara kita sebagai sebuah negara dan individu harus berlatih dan memastikan kebebasan adalah untuk mengemukakan soalan - soalan bertujuan tidak menjatuhkan orang lain.

KETIKA kumar dengan salah seorang ahli keluarganya menyambut Deepavali
KETIKA kumar dengan salah seorang ahli keluarganya menyambut Deepavali

"Tapi untuk menjelaskan kebenaran yang tersembunyi sekaligus memanfaatkan orang lain supaya sama-sama memperoleh 'cahaya' dan harapan," katanya.

Menurutnya, filem pendek Deepavali itu antara kesinambungan filem pendek Hari Kebangsaan yang dikeluarkan pada Ogos lalu.

"Filem ini sama dengn filem Hari Kebangsaan dan ia antara suara orang muda dalam usaha menarik perhatian generasi 'lama,' selain mengingatkan khalayak bahawa sebuah negara dapat menyelesaikan masalahnya yang mendalam dan menjadi pemangkin kemajuan pendidikan.

"Saya harap generasi muda lebih terdorong untuk sentiasa mencabar realiti kualiti hidup yang mereka alami hari ini supaya dapat membentuk masa depan lebih baik.

"Malah saya juga percaya peranan kita sebagai orang dewasa adalah untuk membuka jalan bagi generasi muda ini," katanya.

FILEM pendek ini sarat mesej positif
FILEM pendek ini sarat mesej positif

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 6:20 AM