PROGRAM Live Webinars GiatMARA bertajuk Kemahiran Norma Baharu yang masih boleh ditonton rakamannya di laman web TVET@KPLB.
PROGRAM Live Webinars GiatMARA bertajuk Kemahiran Norma Baharu yang masih boleh ditonton rakamannya di laman web TVET@KPLB.
Rosyahaida Abdullah


PENGISIAN Ekspo Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dianjurkan secara dalam talian oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada awal bulan ini memberi ruang kepada warga maya mengakses peluang dalam bidang itu di negara ini.

Rakaman webinar dan video berkisarkan topik TVET tersedia di laman web ekspo terbabit sepanjang masa membolehkan sesiapa saja khususnya anak muda dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memanfaatkannya.

Daripada jenis kursus hinggalah lokasi pengajian TVET, semua maklumat ini disediakan untuk membantu setiap calon membuat pilihan berpandukan minat dan keutamaan masing-masing.

Dengan kerjasama erat enam agensi utama di bawah KPLB dalam ekspo itu meliputi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), pelbagai program TVET ditawarkan bermula daripada peringkat sijil hinggalah sarjana muda.

Setiausaha Bahagian Pelaburan dan Kawal Selia Anak Syarikat KPLB, Ramlee Amat berkata, terdapat 279 institusi pendidikan TVET membabitkan enam agensi itu yang menyediakan 481 program berasaskan kepada 15 kluster TVET yang ditetapkan.

ENAM agensi  KPLB sertai ekspo TVET secara maya, beri calon buat pilihan.
ENAM agensi KPLB sertai ekspo TVET secara maya, beri calon buat pilihan.

Menurutnya, ia meliputi Keusahawanan /Teknousahawan; Fesyen & Pakaian; Kecantikan; Kulinari / Pelancongan / Hospitaliti; Pertanian; dan Seni Reka & Multimedia Kreatif.

Selain itu kata beliau, kluster lain ialah Pengangkutan & Teknologi Logistik; Teknologi Maklumat & Komputer; Teknologi; Bioteknologi; Perubatan & Penjagaan Kesihatan; Minyak & Gas; Elektrik & Elektronik; Kejuruteraan Awam & Seni Bina; serta Mekanikal & Pembuatan.

"Di peringkat sijil, kita boleh lihat Akademi Kemahiran KEMAS misalnya, menawarkan program untuk kluster Fesyen & Pakaian serta Kulinari / Pelancongan / Hospitaliti.

"Begitu juga dengan Kolej KEDA yang turut menawarkan program peringkat sijil bagi kedua-dua kluster ini selain program di bawah kluster Elektrik & Elektronik; Mekanikal & Pembuatan; dan Pengangkutan & Teknologi Logistik.

"Giatmara pula menawarkan program sijil membabitkan kluster Kecantikan; Teknologi Maklumat & Komputer; dan Mekanikal & Pembuatan," katanya.

Bagi peringkat diploma pula katanya, Kolej Perda-Tech menawarkan program dalam bidang

GRADUAN TVET diberi pendedahan sebenar seperti dilapangan.
GRADUAN TVET diberi pendedahan sebenar seperti dilapangan.

Teknologi Maklumat & Komputer; Mekanikal & Pembuatan; dan Pengangkutan & Teknologi Logistik.

Malah katanya, di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), lebih banyak bidang ditawarkan di peringkat diploma antaranya alam bina, automotif, awam, bioperubatan, bioteknologi, elektrik, elektronik serta mekanikal dan pembuatan.

"Di Institut Kemahiran MARA, program diploma yang ditawarkan membabitkan bidang alam bina, automotif, elektrik dan elektronik, mekanikal dan pembuatan, mekanikal dan servis, minyak dan gas serta seni dan reka bentuk," katanya.

Tambah beliau, di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), selain peringkat diploma, program sarjana muda turut ditawarkan dalam pelbagai bidang yang sebahagiannya tiada di institusi TVET@KPLB lain.

"Teknologi Kejuruteraan Dalam Penyelenggaraan Kapal Terbang; Teknologi Kejuruteraan Marin; dan Perubatan, Farmasi & Sains Kesihatan antara bidang yang ditawarkan institusi TVET dibawah KPLB untuk peringkat diploma.

"UniKL turut menyediakan program di peringkat sarjana muda dalam pelbagai bidang seperti Pengurusan Penerbangan; Teknologi Kejuruteraan Dalam Mekanikal (Automotif); Pelancongan serta Perkhidmatan Pengangkutan.

ANTARA bidang yang ditawarkan dalam pendidikan TVET.
ANTARA bidang yang ditawarkan dalam pendidikan TVET.

"Kita amat berharap semua calon berpotensi dapat memanfaatkan peluang untuk mendalami bidang TVET yang menyediakan ruang cukup luas dan berkesan bagi pembangunan kerjaya masing-masing," katanya.

Maklumat lanjut mengenai TVET@KPLB boleh diperoleh dengan mengunjungi portal e-ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB Tahun 2020 di https://tvet.rurallink.gov.my yang juga boleh diakses melalui laman web KPLB serta menerusi laman rasmi Facebook KPLB di https://www.facebook.com/kplbofficial/

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 6:40 AM