SETIAP keunikan dirakam Nursyazwani sebagai kenangan. FOTO Ihsan Nursyazwani Roslan
SETIAP keunikan dirakam Nursyazwani sebagai kenangan. FOTO Ihsan Nursyazwani Roslan
Suliati Asri

BERDASARKAN kepada prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, pemegang Sarjana Sains Sosial (Pengajian Media), Universiti Malaya ini nyata punyai matlamat tersendiri dalam kehidupan.

Ke mana saya akan pergi, budaya dan adat resam setiap tempat itu akan menjadi ikutan dan dihormati supaya penghormatan juga diberi kepada budaya serta diri saya sendiri.

"Saya sesekali tidak akan mengaku kalah dengan setiap kesukaran dan cabaran kehidupan malah membuatkan semangat lebih utuh.

"Pada saya, tidak perlu cepat mengalah dan seharusnya serta reda dengan segala kesusahan yang dihadapi," kata†gadis manis berusia 24 tahun ini.

Petah menjawab soalan, Nursyazwani Roslan mengakui dari semua pengalaman kehidupan yang diperoleh mampu mematangkan dirinya dan sentiasa berpandangan positif dengan segala pengalaman tidak kira manis atau pahit.

Bakal bergraduasi 10 Oktober nanti, anak kelahiran Kuala Lumpur ini kini menjalani latihan industri di Lembaga Tabung Haji Menara TH Tun Razak di Bahagian Komunikasi Korporat.

BERSAMA seorang rakan. FOTO Ihsan Nursyazwani Roslan
BERSAMA seorang rakan. FOTO Ihsan Nursyazwani Roslan

Menyingkap seribu satu cerita di sepanjang perjalanan pengajiannya di menara gading, Nursyazwani tidak menafikan dia antara penuntut yang aktif.

"Ketika pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada semester dua, saya terpilih untuk mewakili UKM bagi pertukaran pelajar ke Mexico.

"UKM hanya menghantar tiga penuntut sahaja untuk pertukaran pelajar itu selama sebulan. Dua penuntut lain, seorang dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, seorangdari Fakulti Undang-Undang. Kami berjaya melepasi sesi temuduga bersama penuntut UKM yang lain. Semua kos untuk ke sana telah dibiayai oleh pihak universiti," katanya yang mengikuti program pertukaran†di Universidad Intercultural Estado De Mexico, San Felipe De Progreso, Mexico itu.

Selain wakil UKM, program itu turut disertai penuntut dari Amerika Syarikat dan Mexico sendiri.

KEUNIKAN yang dirakam Nursyazwani sepanjang berada di Mexico. FOTO Ihsan Nursyazwani Roslan
KEUNIKAN yang dirakam Nursyazwani sepanjang berada di Mexico. FOTO Ihsan Nursyazwani Roslan

"Walaupun berlainan agama dan bangsa kami hormat sesama sendiri, rakan sebilik saya adalah Kristian tapi dia membuka kasut dan selipar setiap kali masuk ke bilik kerana menghormati selain memahami tuntutan kebersihan dalam Islam.

"Kami juga sempat mengembara daerah-daerah lain seperti Mexico City, Piramides De Teotihuacan dan lain-lain lagi," katanya.

Memiliki ijazah sarjana muda belum cukup bagi Nursyazwani, lantas dia mencabar dirinya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya.

Merebut peluang yang ada, dia kemudian turut terpilih pula untuk program pertukaran pelajar di Bandung, Indonesia.

"Beberapa penuntut sarjana dan ijazah sarjana muda menyertai program itu. Program itu diadakan selama seminggu di Universitas Padjajaran.

"Sepanjang pertukaran pelajar itu kami banyak belajar tentang media di Indonesia dan perbezaannya dengan media di Malaysia," katanya yang bertekad untuk menimba lebih banyak ilmu selagi berpeluang.

BERSAMA kedua-dua ibu bapanya pada hari konvokesyen ijazah pertama. FOTO Ihsan Nursyazwani Roslan
BERSAMA kedua-dua ibu bapanya pada hari konvokesyen ijazah pertama. FOTO Ihsan Nursyazwani Roslan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2020 @ 6:20 AM