SALAH satu sudut menarik untuk membaca.
SALAH satu sudut menarik untuk membaca.
Fazurawati Che Lah


PROGRAM kemasyarakatan yang bertemakan Unlock Your Brain Power inisiatif dilaksanakan sekumpulan penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Selangor berjaya memberi pendedahan mengenai kepentingan pembelajaran sepanjang hayat.

Apatah lagi program itu dilaksanakan mahasiswa Marketing Information Services daripada Fakulti Pengurusan Maklumat untuk dimanfaatkan kepada remaja.

Ketua projek, Nur Athirah Abd Aziz berkata, aktiviti itu dijalankan di Pertubuhan Rumah Anak Yatim atau Miskin Daerah Kuala Langat, Selangor membabitkan penyertaan seramai 27 orang dari pertubuhan itu yang berumur lapan sehingga 19 tahun.

PENGUBAHSUAIAN perpustakaan mini yang lebih ceria dan kemas.
PENGUBAHSUAIAN perpustakaan mini yang lebih ceria dan kemas.

“Kita boleh berjaya jika sentiasa mencari ilmu dan terus berusaha meskipun hidup serba kekurangan.

“Justeru, lima objektif ditetapkan sebagai garis panduan untuk menjayakan program ini.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anak-anak yatim berkenaan seperti ucapan pengenalan mengenai literasi maklumat, aktiviti sorakan kumpulan, Trytesting-Seek, Mix and Match, Lastic the S S, Guess the Name, Charade dan roleplay,” katanya.

KERJA mengemas dilakukan secara bekerjasama.
KERJA mengemas dilakukan secara bekerjasama.

Nur Athirah berkata, aktiviti yang dijalankan itu untuk melihat anak-anak yatim membentuk kerjasama bagi menyelesaikan setiap tugasan diberikan dan menguji minda mereka untuk berfikir dengan pantas bagi menyelesaikan tugasan.

Katanya, program bertambah menarik apabila pengubahsuaian pusat sumber rumah anak yatim atau Makeover Resource Center turut dilakukan.

“Segala idea disatukan berjaya mengubah perpustakaan terbabit 360 darjah daripada keadaan sebelumnya.

“Seiring dengan kursus yang diikuti kami iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Pusat Sumber, pengubahsuaian pusat sumber ini amat memberi makna dan membantu kami bersedia sebelum melangkah ke latihan industri,” katanya.

SUKARELAWAN bergambar kenangan selepas program.
SUKARELAWAN bergambar kenangan selepas program.

Menurutnya, melalui jalinan itu, hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat sekeliling dapat dieratkan, selain merasai pengalaman yang dilalui anak-anak yatim.

“Meskipun mereka mempunyai kekurangan dari pelbagai aspek dalam kehidupan, anak-anak yatim ini bijak dan berani menerima sesuatu tugasan yang diberikan.

“Kewujudan program ini memupuk semangat kerjasama antara mahasiswa dengan penuh bertanggungjawab untuk memimpin dalam pembahagian tugas,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Februari 2020 @ 7:00 AM