GRADUAN pengurusan pelancongan MSU lebih kompeten dan berdaya saing.
GRADUAN pengurusan pelancongan MSU lebih kompeten dan berdaya saing.
Fazurawati Che Lah


INDUSTRI pelancongan menjadi satu daripada kegiatan ekonomi dan sosial yang penting pada masa ini.

Peningkatan jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa menjadikan beberapa negara di dunia memajukan industri itu sebagai sektor utama yang bertujuan untuk menjana pendapatan.

Selari hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang dinamik, berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi dalam bidang pelancongan dan hospitaliti, MSU College turut menawarkan pelbagai program pengajian yang berkaitan bidang berkenaan.

Menerusi School of Hospitality, Education and Business Studies (SHB), MSU College menawarkan Diploma Pengurusan Pelancongan khusus bagi mereka yang berhasrat untuk mendalami ilmu dalam bidang pengurusan pelancongan secara profesional.

Program selama dua tahun setengah itu mendedahkan mahasiswa dengan latihan teori dan praktikal berkaitan bidang pengurusan hospitaliti dan pelancongan seterusnya melahirkan graduan yang kompeten serta mampu menangani sebarang cabaran selain isu berkaitan.

Kurikulum yang komprehensif dan relevan dengan keperluan semasa industri didedahkan kepada penuntut termasuk kefahaman lebih mendalam berkaitan teknik formal, spesifikasi produk dan kos menu.

Mereka yang berminat untuk mengikuti pengajian ini perlu memenuhi kelayakan yang ditetapkan iaitu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan tiga kepujian dalam mana-mana subjek atau sijil MSU College, politeknik, universiti awam (UA) atau swasta yang diiktiraf.

Bagi graduan MSU College, mereka berpeluang melakukan pindahan kredit seterusnya melanjutkan pengajian ke tahun dua peringkat Bacelor di Management and Science University (MSU) di bawah School of Hospitality & Creative Arts (SHCA).

Antara kerjaya profesional yang boleh diceburi graduan ialah pengurus pelancongan dan perkhidmatan pelanggan syarikat penerbangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 September 2019 @ 7:28 AM