AYAM belanda ternakan Mohamad Zainul dikategorikan ayam organik.
AYAM belanda ternakan Mohamad Zainul dikategorikan ayam organik.
SEDIA untuk dijual kepada pemborong atau pembeli.
SEDIA untuk dijual kepada pemborong atau pembeli.
ANTARA kaedah ternakan ayam belanda yang dilepaskan di padang ragut.
ANTARA kaedah ternakan ayam belanda yang dilepaskan di padang ragut.
Ahmad Rabiul Zulkifli


MEMILIKI Ijazah Sarjana Muda Psikologi tidak semestinya menceburi bidang kaunselor. Begitu juga dengan anak muda kelahiran Kuala Kansar, Perak ini yang cuba membabitkan diri dalam bidang penternakan.

Mohamad Zainul Hilmi Mohamad Wajdi, 28, dari Kampung Pondok, Padang Rengas memilih menjadi penternak ayam belanda sejak 2018.

Katanya, dia terbabit dalam bidang penternakan ayam belanda itu selepas melihat kejayaan penternak di Pulau Pinang mengusahakan penternakan itu.

"Saya bermula dengan kecil-kecilan dan sekarang jumlah ternakan keseluruhan sebanyak 600 ekor.

"Walaupun penjagaan ayam belanda cerewet berbanding ternakan lain, ia memberi kepuasan tersendiri.

"Bayangkan ayam belanda berusia kurang tiga bulan perlu dipantau dan diletakkan di dalam reban yang ditutupi kelambu kerana ia sensitif terhadap gigitan nyamuk," katanya ketika dihubungi Agro, baru-baru ini.

MOHAMAD Zainul memegang ayam belanda belanda matang yang berat mencecah tujuh kilogram.
MOHAMAD Zainul memegang ayam belanda belanda matang yang berat mencecah tujuh kilogram.

Katanya, dia membelanjakan lebih RM50,000 bagi memulakan perternakan ayam belanda itu.

"Modal besar bukan kerana membeli induk ayam belanda terbaik, tetapi dibelanjakan untuk menyediakan reban yang besesuaian. Kos makanan dan perubatan juga tinggi iaitu RM5,000 sebulan .

"Jadi, tidak hairanlah kenapa harga ayam belanda lebih mahal berbanding ayam kampung dan ayam pedaging," katanya.

Menurutnya, ayam belanda yang diternak dijual pada usia enam bulan dan beratnya mencecah tujuh kilogram seekor.

"Ayam belanda matang pada usia enam bulan ke atas dan dijual untuk daging, namun ayam belanda untuk diternak dijual seawal usia seminggu.

AYAM belanda matang dijual pada usia enam bulan.
AYAM belanda matang dijual pada usia enam bulan.

"Semua ayam belanda yang diternak tidak dikurung di dalam kandang setiap masa, tetapi diternak secara lepas di kawasan padang ragut yang disediakan.

"Sebab itu ayam belanda yang diternak ini juga dikategorikan sebagai ayam belanda organik kerana pemakanannya hanya berasaskan organik seperti, jagung, ketum ayam dan rumput napier," katanya.

Bercerita mengenai harga ayam belanda, katanya, ayam belanda itu dijual pada harga pasaran semasa iaitu RM38 sekilogram untuk daging dan RM27 sekilogram untuk ayam hidup manakala anak ayam dijual pada harga RM10 seekor.

"Biasanya permintaan meningkat pada musim perayaan Deepavali, Tahun Baru Cina dan Krismas.

TELUR ayam belanda.
TELUR ayam belanda.

"Purata jualan pada setiap bulan ialah 50 ekor dan ia bergantung kepada harga pasaran semasa," katanya yang juga menjual telur ayam belanda pada harga RM3 sebiji.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Mei 2021 @ 6:30 AM