TARANG (dua dari kiri), Karin (tengah) dan Dr Ahmad (kanan) menunjukkan minuman susu Dutch Lady sempena Program F2F.
TARANG (dua dari kiri), Karin (tengah) dan Dr Ahmad (kanan) menunjukkan minuman susu Dutch Lady sempena Program F2F.
Mohamad Hussin

Program Farmer2Farmer (F2F) yang diadakan selaras dengan usaha kerajaan untuk memenuhi permintaan susu hasil tempatan dalam tempoh dua tahun akan datang selain mengurangkan kebergantungan negara ke atas susu import menjelang 2020.

Ia juga dapat membantu penternak tempatan meningkatkan hasil pengeluaran lembu tenusu dengan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama penternak dari Belanda.

Objektif tertumpu kepada pengurusan dan pentadbiran penternakan yang baik (kelestarian dan keuntungan), amalan pengurusan serta pengendalian yang baik.

Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) Tarang Gupta berkata, program F2F itu membabitkan kaedah pemakanan yang berkesan untuk ternakan, pemantauan, program pembiakan dan kesuburan.

Beliau berkata, F2F yang dilancarkan sejak 2013, membolehkan penternak lembu tenusu dari Belanda datang ke Malaysia untuk berkongsi pengalaman, amalan proses susu terbaik dan kepakaran mereka dengan penternak lembu tenusu tempatan.

“Program ini membantu penternak tempatan untuk meningkatkan hasil dan kualiti susu ternakan mereka selain membuat pertanian tenusu yang menjadi sumber pendapatan.

“Hasil pertukaran pengetahuan F2F dan sokongan berterusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) serta Kedutaan Belanda, kami melihat jumlah susu yang dibekalkan kepada Dutch Lady Malaysia meningkat sejak lima tahun lalu.

“Sepanjang tempoh ini, sebagai pembeli susu segar tempatan terbesar di Malaysia kami berjaya memproses lebih 21 juta liter susu cair dan menghasilkan lebih 85 juta unit susu untuk pengguna Malaysia,” katanya sempena Program F2F di Dutch Lady Malaysia di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah JPV, Dr Ahmad Salleh. Hadir sama, Duta Belanda ke Malaysia, H E Karin Mossenlechner.

Program anjuran Dutch Lady Malaysia dengan kerjasama JPV itu membabitkan 31 pegawai JPV dan 84 penternak tempatan yang membekalkan susu segar kepada syarikat terbabit.

Tarang berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan agensi berkenaan untuk mengenal pasti manfaat yang dapat diambil penternak kedua-dua negara.

“Kami menyokong industri tenusu tempatan dengan membeli susu daripada penternak di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya.

PEMAIN JDT, Safiq Rahim (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Pohang Steelers FC, Borys Tashti pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, sebentar tadi. FOTO Ihsan Johor Southern Tigers
PEMAIN JDT, Safiq Rahim (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Pohang Steelers FC, Borys Tashti pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, sebentar tadi. FOTO Ihsan Johor Southern Tigers

Sementara itu, Dr Ahmad berkata, JPV mewujudkan proses lebih baik untuk memperkasa penternak di Malaysia dari peringkat akar umbi dengan mengamalkan amalan terbaik yang boleh meningkatkan hasil mereka.

Beliau berkata, JPV melihat program seumpama ini menunjukkan peningkatan pengeluaran susu dari tahun ke tahun.

“Perkongsian dan pemindahan kepakaran tenusu dan pengetahuan dengan penternak tenusu tempatan, mewujudkan nilai bersama bagi kemampanan dalam inovasi perniagaan serta pelan pengembangan.

“Ia bagi memberi peluang kepada penternak mempelajari teknik yang betul memproses susu sekali gus meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

Penternak tempatan yang juga Pengarah Urusan Redagri Farm Sdn Bhd, Zakaria Abd Rahman berkata, program F2F banyak memberi bimbingan dan pendedahan yang baik terutama prosedur operasi standard (SOP) yang betul.

Beliau berkata, program berkenaan dapat meningkatkan proses pengeluaran susu seperti pengendalian dan penggunaan sistem logistik yang betul.

Latihan F2F merangkumi aspek berkenaan pertanian tenusu:

• Pemakanan dan udara

• Pengendalian anak lembu

• Pengeluaran susu

• Pembiakan dan kesuburan

• Penjagaan tapak kaki dan kuku

• Amalan pembersihan dan kebersihan untuk ladang

• Perumahan dan reka bentuk kandang

• Penyediaan dan menyimpan data serta rekod

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mei 2018 @ 12:53 PM