Gambar hiasan
Gambar hiasan
Khuzama Ab Rahaman dan Farah Adibah Mohd Apandi

DEWASA ini kita menyaksikan pertambahan pengendali takaful dan ia semakin disambut baik semua pihak.

Pelbagai pelan takaful ditawarkan yang direka khas bagi memenuhi keperluan perlindungan diri dan keluarga.

Namun, ramai masih teragak-agak bagi menyertai mana-mana pelan perlindungan takaful.

Barangkali mereka masih membuat perbandingan bagi memilih pelan takaful terbaik.

Takaful Ikhlas Keluarga Berhad dan Takaful Ikhlas Am Berhad menyediakan perkhidmatan profesional bagi perlindungan diri, keluarga dan harta benda.

Pelbagai pilihan produk dengan kadar caruman berbeza bersesuaian dengan pelan yang dipilih.

Pelan perlindungan takaful adalah berdasarkan prinsip syariah yang menawarkan pelbagai ciri unik kepada pemegang sijil takaful.

Secara umumnya, pelan perlindungan di Takaful Ikhlas terbahagi kepada dua iaitu Takaful Keluarga dan Takaful Am.

Takaful keluarga menawarkan faedah perlindungan diri dan simpanan jangka panjang kepada peserta.

Peserta takaful atau warisnya akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan sekiranya ditimpa kemalangan. Pada masa sama, mereka juga akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman (bayaran) akan didepositkan ke dalam akaun untuk tujuan simpanan.

Pelan Takaful Keluarga terdiri daripada Pelan Keluarga Biasa, Pelan Keluarga Berkelompok, Anuiti dan Berkaitan Pelaburan.

Ia merangkumi pelan pendidikan anak, perubatan dan kesihatan serta kemalangan diri.

Takaful Am pula menawarkan perlindungan harta benda dan bagi jangka masa pendek prospek perniagaan motor dan bukan motor.

Pelan Perlindungan Am biasanya berkaitan pelan perlindungan kenderaan, kebakaran aset, empunya rumah, isi rumah dan kemalangan diri membabitkan harta benda yang boleh dilindungi.

Setiap pengendali takaful menawarkan pelan perlindungan hampir sama.

Sebagai bakal pelanggan, terdapat beberapa perkara perlu diambil kira sebelum membuat keputusan menyertai mana-mana pelan takaful.

Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak berbeza. Malah, jumlah perlindungan yang mahu ditetapkan juga berbeza mengikut keperluan masing-masing.

Contohnya, jika pendapatan tahunan seseorang RM60,000 setahun, maka jumlah perlindungan yang disarankan adalah RM600,000 iaitu jumlah perlindungan berdasarkan 10 kali ganda pendapatan tahunan.

Sekiranya berlaku musibah kepada peserta, maka manfaat takaful yang bakal diperoleh sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan selama 10 tahun.

Dengan jumlah perlindungan itu, ahli waris masih dapat meneruskan kehidupan.

Seandainya seseorang itu tidak memiliki sebarang pelan perlindungan takaful, besar kemungkinan segala perbelanjaan kos perubatan terpaksa ditanggung menggunakan wang simpanan sendiri.

Malah, sekiranya berlaku kematian peserta, ahli waris turut terbeban untuk meneruskan kehidupan di samping perlu melangsaikan hutang yang ditinggalkan seperti pinjaman rumah, kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya.

Melihat keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan kini, membuat pengiraan belanjawan bagi seluruh isi rumah adalah sangat mencabar.

Justeru, pembiayaan terhadap perlindungan takaful harus dilihat sebagai antara aspek yang perlu dititikberatkan agar penyertaan dalam pelan takaful benar-benar dapat diteruskan sehingga tamat tempoh.

Keperluan individu juga adalah keutamaan yang perlu dikenal pasti sebelum mengambil keputusan menyertai mana-mana pelan takaful kerana keperluan individu berbeza antara satu sama lain.

kan ke hospital.

Lazimnya, setiap pelan perlindungan turut menawarkan beberapa manfaat tambahan seperti hibah, wakaf, badal haji dan sebagainya.

Perlindungan dipilih juga perlu dibuat berdasarkan bajet yang ditetapkan.

Dalam bajet kewangan anda, peruntukkan 10 hingga 15 peratus daripada gaji bulanan untuk perlindungan takaful.

Takaful Ikhlas Keluarga Berhad dan Takaful Ikhlas Am Berhad sebagai Pengendali Takaful turut tampil bagi memenuhi tuntutan keperluan perlindungan oleh masyarakat.

>>Penulis daripada Jabatan Syariah dan Perundingan Perniagaan, Takaful Ikhlas Keluarga Berhad

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 9:09 AM